Sebelum ni Blog Rohah ada bagi resepi macam mana nak buat bubur sum sum ni... senang jer nak buat rupanya dan bahannya mudah ajer... nanti jumaat ni cuti Nuzul Al Quran nak cuba buat pulak.. Jadi saya tempekan resepi dari Rohah di sini senang sikit nak rujuk nanti... Terima kasih ye Rohah..
BUBUR SUM SUM
Oleh:rohah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.
Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.
Acik suka jugak ni yati..sekalu jugak buat.tapi tak de resepi la.acik main kacau je
BalasPadamAcik erna dah pro boleh main campak2 jer, saya amatur kalau main campak2 masak, mau nye tercampak dlm tong sampah :p
Padamsy ingt susah buat kuih ni.... rupanyer agak mudah juga...
BalasPadamJom Lia buat nanti hantar umah akak ye ehe :D
PadamOhh gitu aje..hehe
BalasPadamInsya Allah boleh cuba :)
bila ntah nak cuba buat..xpernah makan hihi
BalasPadam