Jumaat, 19 Julai 2013

Mama yg kena tak tido huhuhu :' (

Selepas berbuka malam tadi kak nabilah masuk bilik saya, dengan muka yg sedih minta saya tolong jahitkan kerja Kemahiran Hidup yg cikgu suruh iaitu tuala lap tangan.. 

Saya tanya "bila nak hantar ni "

"Esok (hari ini jumaat) " jawapnya dengan muka sedih

"Aduh kakak mengapa tak minta tolong awal-awal senang mama nak buat " kata saya

" Kakak tak suka menjahit... kalau pertukangan tu kakak suka lah" jawab nya. Betul juga fikir saya, kebanyakan pertukangan tangannya di buat sendiri dari mengetuk sampailah mengecatnya semua buat sendiri ( seperti ni kraftangan kakak)

Ini lah barang-barang untuk dibuat tuala lap tangan yg perlu dihantar kepada gurunya esok (jumaat)

Kenalah mama mengeluarkan mesin jahit pada malam tu... saya buat ikut dan jer janji siap... :D



Pukul 11 malam baru siap... kakak nabilah dah lena diulik mimpi... mama yg tersengguk-sengguk menjahit... menguap tak berapa kali ... :P
Nabil ni yg peneman saya membuat kerja tu ... saya suruh dia jadi model... boleh dia suruk muka dia.. tak nak nampak muka katanya...
Akhir sekali tunjuk juga mukanya hahaha... boleh sangkut kat leher nabil tak mama... tanyanya... ada-ada saja akal nya..

Bangun pagi kak nabilah tengok dah ada atas mejanya tulisnya... suka tak kira rasa hatinya... :P

6 ulasan:

  1. untung Nabila sbb mama pandai menjahit...

    BalasPadam
  2. gitulah nasib ibu2 bila anak sekolah...homework cam ni ibu dia jadik mangsa...

    kalau labuh skit boleh jadik apron....

    BalasPadam
  3. Darjah berapa Nabilah tu CH... kena buat towel bagai!
    Nasib emaknya rajin hehe
    Okje malas betul nak menjahit sebab nak kena pasang wire bagai tu padahal senang je hehe

    BalasPadam
  4. Kompem leh dpt A ni hihii..
    Nasib baik la dpt mama yg pandai menjahit :D

    BalasPadam
  5. 2lh ibu nikan...sanggup lakukn apa saja demi ank2...wah cantiknya..confirm cikgu tnya nabilah sapa yg buat nie....he3X....

    BalasPadam
  6. Mujur mama pandai menjahit..hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)