Khamis, 5 September 2013

BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA ^___^


Bila melihat kapal terbang kecil di udara ini, teringat saya masa kecik2 dahulu kakcik Seroja.. saya selalu melambai-lambai tangan ke arah kapal terbang itu... sambil berkata dalam hati "mesti orang dalam kapal terbang tu nampak saya".. tengah saya dok melambai-lambai tu nenek taukeh kedai tu kata "nenek naik kapalterbang pun masa pergi haji, kalau tinggi macam tu tak nampak .. cuma nampak pokok2 jer"... "Ooooohhh"  kata saya , masa tu saya darjah 4 pada tahun 1979... lama kan... dalam hati bilalah saya dapat naik kapalterbang... ye lah pada waktu tu hanya orang kaya jer boleh naik kapal terbang...

Akhirnya pada tahun 1997 saya dapat memenuhi impian saya untuk menaiki kapal terbang pertama kali ... iaitu AirAsia ke Langkawi..masa tu AirAsia tak popular macam sekarang... kos masa tu RM300.00 pergi ballik .. 18 tahun baru impian saya tertunaikan kakcik Seroja.. bila saya berada diatas kapalterbang tu baru saya tahu, laaa hanya nampak pokok2 menghijau, laut biru luas terbentang dan rumah-rumah yg kecil umpama rumah mainan..

Sekarang yg mengikut perangai saya bila nampak kapalterbang di udara anak saya Nabil... Nabil pasti akan  melambai-lambai tangan ke arah kapalterbang tu dengan wajah teruja, sambil melompat kegirangan .... hehehhe... macam tu rupanya saya masa kecik-kecik... :P

14 ulasan:

  1. Terima kasih Yati kerana sudi mengarang untuk kakcik. Tapi mana gambar2 lain? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. La ingatkan pilih salah satu gambar pastu cerita... Rupanya Kena citer semua gambar ye kakcik seroja....Aduh jenuh nak mengarang... kakcik kena lanjutkan tempoh ni ... boleh ke ;)

      Padam
    2. ahhaaaa mana bolee ..,wak punye dh lama dh siapp.. x acila mcm niiii ;-p

      Padam
    3. Hehehe dah Baca citer wak tu, buat mengukir senyuman saya... tengoklah kalau sempat buat baru... kalau tak wak pemenang tunggal hehe ;)

      Padam
  2. saya pun dulu masa kecik2 cam tu jugakkk...huhu

    BalasPadam
  3. kelakarkan bila trkenang kisah masa kecil....punyalah tringin nak naik kapaltebang ttp anak2 skrg boleh dikatakan dlm setahun bbrapa kali naik kapalterbang......dh jadi perkara biasa.......

    Agaknya umur kita lbh kurang sebaya kot sbb masa thn 1979 nza drjah 3.....

    BalasPadam
  4. Assalam
    Kita pun ada satu cerita pasal k terbang ni tp msa tadika he hee takkan lupa kena rotan dgn cikgu sb ramai2 tinggalkan kelas utk tgk kapal terbang hihii

    BalasPadam
  5. Assalam
    Kita pun ada satu cerita pasal k terbang ni tp msa tadika he hee takkan lupa kena rotan dgn cikgu sb ramai2 tinggalkan kelas utk tgk kapal terbang hihii

    BalasPadam
  6. Assalam
    Kita pun ada satu cerita pasal k terbang ni tp msa tadika he hee takkan lupa kena rotan dgn cikgu sb ramai2 tinggalkan kelas utk tgk kapal terbang hihii

    BalasPadam
  7. hihi...manakan tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi

    BalasPadam
  8. Masa 1st time naik rasa gementar juga Kak..tapi skrg dah biasa..
    masa study dok ulang alik naik flight...hehe.. sllu nya budak2 mmg excited bila nampak kapal terbang ni..:)

    BalasPadam
  9. Owh, ni penyertaan segmen ya? Menarik cerita pasal kapal terbang ni.. Saya sendiri dah lebih 10 tahun tak naik kapal terbang.. Kali terakhir masa belajar dulu dgn masa bujang2 dulu..

    BalasPadam
  10. Masuk segmen Kak CIk yeh CH... gambar yg lain mana? bukan kena kaitkan antara gambar ke?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)