Sabtu, 28 September 2013

PAN CAKE CHOCOLATE ... YUMMY ;)

Pan cake Najeeha ;)

 Assalamualaikum sahabat semua.. selamat pagi.. senyum seindah suria :) dah sarapan pagi.. sarapan kami pagi ini pan cake chocolate.. ini gara-gara tengok pan cake gebusssss dari blog Nurbijen.. tapi saya tambah coklat sebab anak suka coklat...
Pan cake Nabilah ;)

Memang sedap dan gebussss pan cake ni, lebih lagi dimakan bersama jem bluebeery dan peanut batter... yummy, mohon halalkan share resepi disini ye Nur... senang nak rujuk nanti. Kalau sahabat nak pan cake biasa jgn letak koko tu ye ;)


RESEPI PAN CAKE CHOCOLATE
Bahannya :-
1 cawan tepung gandum*
2 sudu besar koko*
2 sudu besar gula*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
sedikit garam*
1 cawan susu segar#
1 biji telur#
2 sudu besar mentega (cairkan)#

Caranya :-
1. Campurkan bahan bertanda # dlm satu bekas. pukul hingga sebati.
2. Dalam bekas yg lain , campurkan bahan bertanda *, dgn perlahan-lahan masukan campuran # kedalam bekas berisi campuran *.
3. Pukul perlahan -lahan sehingga sebati, tapi jgn overbeat. Biarkan adunan 5 minit.
4. Panaskan nonstick pan dan tuangkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.
5. Terbalikan pancake bila permukaan atas dah menggelembung. Bila dua-dua bhgn dah masak, sedia utk dihidang.

11 ulasan:

  1. bukan main berhias lagi pancake nabilah... baru minggu lepas Aisyah request nak pancake coklat... tak sempat nak buat lagi... tup2 datang sini dijamu dgn pancake coklat... nyum nyum!

    BalasPadam
  2. wah sedapnya.....lama dh xmasak pan cake....

    BalasPadam
  3. acik pernah cuba buat..pancake..tp memang jadi lempeng terus..tak gebu

    BalasPadam
  4. Sedappnya..lagi sedap kan bila tambah coklat.. nti nak cuba jg lah...:)

    BalasPadam
  5. CH Okje pun teringin nak buat jugak lepas baca entri dia 2 hari semalam.....wah mesti anak suka tu siap ada gambar lagi!

    BalasPadam
  6. CH Okje pun teringin nak buat jugak lepas baca entri dia 2 hari semalam.....wah mesti anak suka tu siap ada gambar lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka yg deco sendiri hainom.... nabil tak de maknanya nak deco.. terus ngap hahhaha

      Padam
  7. Anak2 suka sangat kalau deco2 macam tu.....comel la..mesti sedap ni..

    BalasPadam
  8. Teringin nak buat jugak..
    Tentu anak2 suka...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)