Sabtu, 21 September 2013

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Perghhh memang berasap makan tengahari kami, bila saya masak sambal tempoyak petai ni... ni gara-gara en suami nampak petai di Pasar tani tu ari.. balik terus suruh saya buat sambal tempoyak ikan bilis ni....


Mengeruk nasik dalam periuk lagi bila regu kena dengan selera en suami ni... petai pun elok cantik bulat-bulat matanya.... berderap derup makan tu... aduhhhh mengesat peluh didahi punya sedapnya..


 Resepi saya memang mudah jer kekawan... mak saya kata pejam mata dah siap hehehe

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI











Bahannya :-

  • 200gm ikan bilis
  • 2 Papan petai
  • 20 biji cili padi*
  • 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
  • 4 Sudu besar tempoyak
  • Sehelai daun kunyit 
  • Garam 
  • Sedikit air
Caranya :-
  1. Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
  3. Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, petai dan garam.
  4. Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
  5. Siap untuk dihidang.

12 ulasan:

  1. amboi sedapnya tengok.... dah la belum jumpa nasik lagi ni... adehhhhh

    BalasPadam
  2. sedapnya yati..rasa xsabar nk masak resepi ni tapi kena tunggu suami xdelh sbb dia plg xsuka bau petai....eeerrrr...geram pulak rasa...
    Resepi ni xpayah letak bwg ek yati????
    TQSM 4 sharing...menitik2 air liur nie....huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak saya ajar masak sambal tempoyak tak yah letak bawang NzA... baru sedap pedasnya.... berasap telinga hehehe ;)

      Padam
  3. assalam..kak thanks for the recipe ye .. da lame dok pikir can enak wat lauk nie akhirnya dapat gak resepi.

    BalasPadam
  4. saya memang suka makan sambal ikan bilis petai ke sambal udang petai ke, tapi saya tak suka makan petai... suka bau dia jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uk al lohhh.. tak mkn petai MP ni.. tak pe nti petai tu letak dlm pinggan akak ehe ;)

      Padam
  5. sedapnya...x pernah buat pun...thx tuk resepi..boleh cuba

    BalasPadam
  6. saya penggemar petai. nanti boleh lah try resepi ni.

    BalasPadam
  7. Sedapnya CH...OKje suka ni walaupun bukan org Perak ...udang pun sedap gakkan buat cam ni....

    BalasPadam
  8. Sedapnya CH...OKje suka ni walaupun bukan org Perak ...udang pun sedap gakkan buat cam ni....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)