Sabtu, 30 November 2013

MENZIARAHI SAHABAT TERSAYANG LAGI ;)

Assalamualaikum kekawan semua ;)

Malam baru saya dapat bersiaran utk buat entry, byk betul cabaran hari ini utk pergi ziarah sahabat yg tersayang ni, saya dah janji dgn kawan saya nadrah dan zarina pukul 9am keluar dari rumah, alhamdulillah perjalanan saya lancar tapi kedua kawan saya mengalami jem yg teruk, hampir pukul 11.30am baru mereka sampai, penyudahnya kami smpi rumah sanisah dah pukul 12.30tghri.
Masuk kebilik menjenguk dia sudah menangis, saya lap airmatanya dan cium dia berkali-kali sambil memujuk jangan menangis, kami kan dah sampai, dia hanya mendengar cerita kami, lebih lagi cerita zarina sbb dia baru pertama kali ziarah sanisah. 
Sanisah sekarang semakin kurus dan kansernya sekarang dah berpindah ke perut pulak, semakin besar pulak benjolan itu, diparu-parunya alhamdulillah dah clear doktor kata. 
Semoga sahabat saya ni sabar dan tabah menghadapi penyakitnya, dah lima tahun dia bersabar dgn sakitnya itu, semoga Allah mengampuni dosa beliau diatas ketabahan beliau.
Amin..

Jumaat, 29 November 2013

RENUNGAN BERGAMBAR : INDAHNYA SABAR ^___^

Assalamualaikum kekawan... salam Jumaat yg penuh barakah :)





p/s Saya sedang diuji ... semoga saya tabah dan sabar serta ikhlas dalam menghadapinya... doakan saya ye kekawan :)


Khamis, 28 November 2013

JOM DERMA NUFFNANG UNTUK MANGSA TAUFAN DI FILIPINA TU KEKAWAN :)

Nuffnang Newsletter
nuffnang logoNuffnang Malaysia
Mon, 25 Nov 2013

Distribute Your Relief for Typhoon Haiyan

Dear Nuffnanger,

It’s been two weeks since the Haiyan Typhoon barrelled into the Philippines on the 8th of November but the search for bodies continues. This monster typhoon has injured over 20,000 people and over 1,600 people were reported missing up to date. More than 800, 000 people had been asked to leave their homes - that do not exist anymore as a result to the catastrophic disaster. The death toll has spiked to 5,235 and the list just keeps getting longer.

From today till 22 December 2013, you can do your part and contribute to our #NNForPHfund in just a few simple steps. All you have to do is:-

1. Head on over to your Nuffnang dashboard or click here
2. Select your denomination from RM5, RM10, RM25, RM50
3. Kindly be reminded to fill in the form with the name you would like to put OR option to remain anonymous. We'll feature the name of all Nuffnangers who have made the donation as a token of appreciation on behalf of all the victims of Typhoon Haiyan.
4. After going through the donation process on confirmation of their donation, you will receive a confirmation email and the amount will then be deducted from your current earnings.

Alternatively, you can also click on the link choose to donate via Paypal.
So guys, with just RM5 , you might be saving a life or helping out a needy family. Be a part of this good cause and join our effort of relief for the victims of the Typhoon Haiyan. We urgently appeal for your help so that we can respond to the needs of the victims most affected by this calamity. We thank you in advance for your generosity!

Kindly log on to our blog for more information.

Jessica Goh
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.
visit facebook visit twitter visit facebook
You are receiving this email because you've subscribed to it on Nuffnang
Unsubscribe from Nuffnang mailing list
Nuffnang Sdn Bhd 12B-5&6 Heritage House Jalan Yap Ah Shak Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50300 Malaysia
Copyright © 2007‐2013 Nuffnang Sdn. Bhd. (762669-K) The World's Leading Blog Advertising Community





Lepas klil RM 5 tu.. Nuffnang hantar ni..


p/s dalam akaun nuffnang saya tu ada RM5 aje... ialah blog baru nak hidupkan.. 

LEMPENG PISANG @ CUKTEMPEK@PEKNGA ;)


Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria ^__^

Lempeng pisang ni saya buat masa hari sabtu lepas, beli pisang berangan ni pada hari Rabu adalah belen 5 biji pisang yg tak dimakan oleh Nabil, mungkin dah jemu asyik makan pisang disuruh oleh mamanya ehe...

Jadi saya buatlah lempeng pisang, negeri lain ada yg panggil cuktempek @ Peknga... bila cakap cuktempek ni teringat kisah mak saya dgn cucunya Aisyah... masa mak saya nak buat lepat pisang, Aisyah minta dibuatkan cukt
tempek untuk nya...

Aisyah : Uwan boleh tak buat cuktempek utk Aisyah..
Uwan  : Ha ? cuktempek tu macam mana ? Cuba cerita dengan       uwan
Aisyah : Mula-mula uwan panas kan kuali.. 
(mak saya pun ambil kuali dan panaskan)
Aisyah : letak sikit minyak uwan, pas tu ambil tepung yg uwan dah buat tu pas tu tempek kat kuali ni....
Uwan : Hahahaha lah ... ni uwan panggil lempeng pisang...
Aisyah : Mak tok ayah kat Kedah panggil cuktempek...

Tu lah kisah lempeng pisang @ cuktempek... sekarang nak cerita lempeng pisang saya dengan anak-anak pulak... masa saya tengah mengadun ni biasalah nabilah akan tanya mama buat apa breakfast ni, saya kata lempeng pisang, nanti ajar kakak buat ye..
Mula-mula saya buat bulat macam biasa bulat jer.... kan nabilah ni suka deco-deco, jadi bila masa dia buat jadilah lah yg lempeng dibawah ni...


Lempeng mickey mouse Nabilah punya, pastu bila letak atas piring siap nak bubuh mata dan mulut sekali :)



Yang bentuk peace siapa lagi kalau tidak si kakak Najeeha pulak... ini yg diminta utk dibuat tengok ada jari dia buat "peace no war"


Saya dan nabil jer yg tradisional masih lempeng bulat hehehe.. suka betul budak2 tu main masak2 lempeng ni...

Sebenarnya nak merasmi Tefal yg saya beli di Langkawi tempohari... murah jer baru RM45.90 ehe :)


RESEPI LEMPENG PISANG

Bahannya :-
  • 5 biji pisang berangan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
Caranya :-
  1. Lenyek pisang hingga hancur, kemudian masukkan gula, kacau hingga sebati gula tu.
  2. Lepas tu masuk sikit-sikit tepung, apabila bahan sudah mesra, ketepikan
  3. Panaskan non stick pan atau boleh gunakan kuali biasa tapi kena letak minyak sikit.
  4. Kemudian tempekan adunan tadi didalam kuali tadi, ratakan bulat , tunggu sehingga masak.
  5. Angkat siap utk dihidang dan dimakan :)
* dengan 5 biji pisang ni dapat 6 lempeng jer... boleh tambah bahan jika nak makan ramai.





Rabu, 27 November 2013

WW : WEEKDAYS DINNER :)



Assalamualaikum kekawan semua... :)


Sayur, ikan goreng dan telur...

Merasmikan yg ini sebenarnya

Satu biji telur... ini saya punya sebab ada cili padi :P

Elok bulat kejadiannya :)

p/s Kekawan bila weekdays masak apa ye? :D



Selasa, 26 November 2013

HARI KONVO HARI YG BERSEJARAH... TAHNIAH

 Assalamualaikum kekawan... 

Semoga ceria dan sihat sejahtera... ini sebenarnya cerita minggu sudah menghadiri majlis konvokesyen adik ipar di UIAM pada 17 November 2013 itu hari... musim konvokesyen di setiap universitikan...
Keluar jer adik ipar ni dari dewan terus bergambar , yang masuk dalam dewan tu abah dan mak cik sahaja, hanya boleh dua orang jer kan yg dapat tiket masuk..

Bila dah selamat bergruadasi ni tersenyum rianglah bersama rakan kuliah kan... teringat pulak saya dulu-dulu masa hari konvo... hati berbunga riang ehe :)


 Kami menyaksikan dari dewan yg disediakan screen besar, Nabil kata macam orang tengok wayang ye mama, walaupun tak pernah bawa mereka tengok wayang... kak nabilah jer yg sporting utk bergambar...

Tengok budak dua orang ni teruja betul dengan bunga dan scrool mak cik atiqah nya... motivasi juga utk mereka berdua, Najeeha kata esok Jeeha pun nak pakai macam mak cik Tiqah :) Saya kata kena belajar rajin-rajin tau ...


Usai sudah majlis tu, sementara menunggu adik ipar bergambar dengan kawan-kawannya, kami pergi semula ke dewan ni, sejuk sikit, en suami sempat terlena didalamnya sebabnya balik kerja pagi ahad tu terus ke UIAM ni... mereka tiga orang ni berjimba-jimba lah diatas pentas ni, tengok nabil yg tak duduk diam, berlari-lari diatas pentas itu...



Mama ambil gambar kami dengan bendera tu kata budak dua orang ni, saya snap dari tempat duduk jer... hehehe rajin betul mama ni :)

Sekian cerita entri hari Selasa hahha...

Isnin, 25 November 2013

MEMENUHI SELERA MEREKA :) APA BUAT MELELEH AIR LIUR TU :p

Assalamualaikum  kekawan....

Salam ceria di pagi isnin... moga tak de lah yg monday blues ye :)
Bila dihari minggu banyaklah request nak masak apa... lihat didalam peti ais ada tulang dan daging tetel.. yang en suami minta masak asam pedas tulang dengan daging tetal, yang anak-anak minta sup tulang... jadi sebagai memenuhi selera mereka semua, saya masaklah kedua-dua permintaan...

Asam Pedas Daging Tetel.
 Dah tekak orang Melaka kan... apa lagi tengahari tu berselera en suami makan... bertambah-tambah nasi dipinggan... Puas hati juga dapat memenuhi selera mereka kan...

Sup tulang daging 
 Yang pulak tekak anak-anak yang tersangat suka sup, paling gembira menghirup kuah sup tu semestinya nabil... macam nak lagi jer macam nak lagi jer... makan nasi adalah 2 senduk, selebihnya menikmati sup tulang daging yang yummy ni... sok-sok buat lagi ye.. sedap sangat... hehehe siapa nak puji kalau bukan anak sendiri kan :)

Jom layan resepi Asam Pedas Daging tetel yg saya campur dengan tulang, jadi tersangat lah sedap lemak berperisa hahaha :D

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN TULANG






















Bahannya :-
  • 1 Kilo daging tetel campur tulang
  • 5 biji bawang merah kecil*
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji buah keras*
  • 2 batang serai*(kisar bahan yg bertanda *)
  • 1 mangkuk kecil cili kering kisar (ikut kepedasan anda)
  • 1 sudu asam jawa adabi + 1 cawan air
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • sedikit serbuk lada hitam lebih kurang 1/2 sudu kecil
  • Daun kesum
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Rebus daging tetel dan tulang empuk sedikit.
  2. Kemudian pasaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yg dikisarnya hingga wangi.
  3. Lepas tu masukan cili kering kisar masak hingga naik bau wangi.
  4. Masukan air asam, garam dan didihkan sekejap, tuang daging tetel yg telah direbus tadi hingga lembut, jika daging masih belum empuk boleh ditambah air sedikit-sedikit.
  5. Kemudian baru dimasuk sebuk lada hitam, tomato, daun kesum dan kacau hingga sebati
  6. Bila dah elok sebati masaknya, boleh lah dihidang bersama nasi putih..

Sabtu, 23 November 2013

KHASIAT PISANG ^___^

Assalamualaikum kekawan... 
Hari ini cerita pisang pulak :) banyak khasiat pisang ni, semasa nabil admit di hospital dulu Dr Ahmad suruh makan pisang, doktor kata pisang bukan sekadar utk sembelit jer tetapi baik juga untuk cirit birit.. balik dari hospital tu bila lah pisang untuk nabil :)

Jom baca artikel ini yg saya copy dari KOSMO...

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
Laris
Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.
Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.
Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.
Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.
“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.
“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.
“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.
“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.
Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.
Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.
“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.
“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.
“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

Jumaat, 22 November 2013

RENUNGAN :CATATAN TERAKHIR SEORANG AS SYAHID AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM



Assalamualaikum kekawan dan Salam Jumaat yang penuh Barakoh ...

Walaupun saya tidak mengenali As Syahid Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam tetapi saya begitu terkesan membaca perjuangan hidup beliau... Disini saya kongsikan bersama untuk renungan bersama...


Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. 

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ : “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. 

Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah.. 





SYAHID YANG TERTANGGUH...

Catatan dari Ibu Ammar...

Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)
Ibubapa yang hebat melahirkan anak yg hebat .... Allahu Akhbar

Berikut adalah perbualan terakhir allahyarham bersama kakaknya...



Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sumber dari blog sahabat As Syahid Ahmad Ammar....

Khamis, 21 November 2013

MASAK TAUCHU SOON IKAN GELAMA @ GLAMER ^___^

Assalamualaiku dan selamat pagi kekawan semua...
Semoga hari ini kita berada didalam rahmat Ilahi hendaknya :)



Sebenarnya dah lama saya teringin nak makan masak tauchu ini , en suami saya tak suka masak tauchu ini, hanya saya seorang jer yg makan, anak-anak saya hanya tangguk soon tu jer hehehe :) selalu masak tauchu ni popular bila balik rumah mak di Kuang sebab semua adik beradik saya suka masak tauchu ni, lebih-lebih lagi bila mak yg masak kan.... eemmm rindu masakan emak...

Biasalah saya , masa jalan-jalan cari ikan tu terpandanglah ikan gelama yg cantik sangat dan nampak segar, saya sambarlah empat ekor, saiz sederhana jer..


Malam tu ada juga saya masakan lauk lain, Goreng daging kentang berlado dan sayur pak choy telur taufa kegemaran kami sekeluarga ni...

Jom kita tengok camna nak masak tauchu ni... sudah tentu bahan utamanya tauchu kan kekawan... selain ikan gelama, ikan kembung pun sedap buat masak tauchu ni..

RESEPI MASAK TAUCHU SOON IKAN GELAMA



Bahannya :-
  • 2 ekor ikan gelama 
  • 2 sudu besar tauchu
  • segengam soon (rendamkan)
  • 1 labu bawang besar kunig
  • 11/2 cawan air
  • 2 biji cili merah
  • Garam



Caranya :-
  1. Kunyit dan garam ikan, kemudian digoreng ikan tersebut hingga masakan, angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak goreng ini, lepas tu goreng bawang besar yg dimayang bulat sehingga wangi
  3. Kemudian masukkan pula tauchu, kacau sebentar lepas tu masukkan air, selepas mendidih masukan soon dan masukan garam,rasa masinnya sebab tauchu tu pun dah masin.
  4. Selepas tu baru dimasukkan ikan yg digoreng tadi, kacau mesra.
  5. Angkat , siap dihidangkan bersama nasi putih panas....




Rabu, 20 November 2013

WW : SEJUKNYA TAHAN MANDI 15 MINIT JER..... ^___^

Assalamualaikum kekawan dan ceria selalu :)

Jom layan gambar :)













Selasa, 19 November 2013

Jelly Laichee Sempena Kenduri kesyukuran dan berkhatan ;-)

Assalamualaikum dan semoga ceria selalu kekawan :)

Kenduri ni buat pada hari Sabtu 16 November yg lalu, sempena majlis kesyukuran adik ipar yang akan Konvokesyen nya esok hari di UIAM...

Saya hanya berkesempatan membuat Jelly Laichee dua warna merah dan kuning..  kesibukan nabil yg baru sihat dari demam dalam minggu tu...

Inilah adik ipar saya yg akan Graduasi pada esok hari...

Pada hari tu juga dibuat sambutan hari lahir bagi bulan Novemberian... pak cik dan mak cik yg sporting juga... layan jer anak buah suruh posing tu..


Macam-macam posing yg dibuat oleh mereka..

Saya pun nak berposing sama hehehe... perasan tak gambar nabil dengan najeeha tiada ... dua beradik sibuk bermain dengan sepupu sepapat yg dah berkumpul reramai tu kan... nabilah jer yg suka berposing :)

Jiran tiga buah rumah saya ada buat kenduri sempena anaknya berkhatan... jadi saya lari kejap balik rumah.. budak tiga orang tu tak nak ikut, terpaksalah saya pergi seorang diri sebab en suami pun tiada, kerja, tak sedaplah pulak tak hadir sebab jirankan... meriah kenduri mereka ni...

Jom layan resepi jelly laichee yg tersangat mudah ini...

RESEPI JELLY LYCHEE












Bahannya :-

10gm agar-agar serbuk( saya guna warna merah dan kuning)
250gm gula pasir
1liter air (saya tambah lagi 200ml dan 20ml air laici tu biar lembut)
1 tin buah laici

Caranya :-
  1. Panaskan air sehingga mendidih kemudian masukan serbuk agar-agar . Kacau sekata.
  2. Lepas tu masukan gula, masak gula hingga hancur
  3. Kemudian masuk buat laici yg telah di carik-carik kecil. Kacau
  4. Lepas tu masukkan kedalam bekas  dan apabila dia dah keras dan sejuk sedikit masukan kedalam peti ais.
  5. Siap untuk dihidang semasa sejuk