Isnin, 25 November 2013

MEMENUHI SELERA MEREKA :) APA BUAT MELELEH AIR LIUR TU :p

Assalamualaikum  kekawan....

Salam ceria di pagi isnin... moga tak de lah yg monday blues ye :)
Bila dihari minggu banyaklah request nak masak apa... lihat didalam peti ais ada tulang dan daging tetel.. yang en suami minta masak asam pedas tulang dengan daging tetal, yang anak-anak minta sup tulang... jadi sebagai memenuhi selera mereka semua, saya masaklah kedua-dua permintaan...

Asam Pedas Daging Tetel.
 Dah tekak orang Melaka kan... apa lagi tengahari tu berselera en suami makan... bertambah-tambah nasi dipinggan... Puas hati juga dapat memenuhi selera mereka kan...

Sup tulang daging 
 Yang pulak tekak anak-anak yang tersangat suka sup, paling gembira menghirup kuah sup tu semestinya nabil... macam nak lagi jer macam nak lagi jer... makan nasi adalah 2 senduk, selebihnya menikmati sup tulang daging yang yummy ni... sok-sok buat lagi ye.. sedap sangat... hehehe siapa nak puji kalau bukan anak sendiri kan :)

Jom layan resepi Asam Pedas Daging tetel yg saya campur dengan tulang, jadi tersangat lah sedap lemak berperisa hahaha :D

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN TULANG






















Bahannya :-
  • 1 Kilo daging tetel campur tulang
  • 5 biji bawang merah kecil*
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji buah keras*
  • 2 batang serai*(kisar bahan yg bertanda *)
  • 1 mangkuk kecil cili kering kisar (ikut kepedasan anda)
  • 1 sudu asam jawa adabi + 1 cawan air
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • sedikit serbuk lada hitam lebih kurang 1/2 sudu kecil
  • Daun kesum
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Rebus daging tetel dan tulang empuk sedikit.
  2. Kemudian pasaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yg dikisarnya hingga wangi.
  3. Lepas tu masukan cili kering kisar masak hingga naik bau wangi.
  4. Masukan air asam, garam dan didihkan sekejap, tuang daging tetel yg telah direbus tadi hingga lembut, jika daging masih belum empuk boleh ditambah air sedikit-sedikit.
  5. Kemudian baru dimasuk sebuk lada hitam, tomato, daun kesum dan kacau hingga sebati
  6. Bila dah elok sebati masaknya, boleh lah dihidang bersama nasi putih..

14 ulasan:

  1. betullah tu menu org melaka. sy tak pandai mkn lauk ni...kalau gi kenduri sy pandang aje. hb pon aritu mintak masak cam ni...nanti sy try buatkan...mesti dia suka

    BalasPadam
  2. nyum! sedappnya lah akak masak.. seronok lah suami & anak klu dpt penuhi permintaan mereka... sy tertarik dgn menu Asam Pedas daging Tetel tu:)

    BalasPadam
  3. Jarang dapat makan makanan org melaka.kami org utara.memang x brapa pandai masakan org melaka

    BalasPadam
  4. ulala sedap kedua2nyer.. kalau ada dua2 depan mata memang berseleralah makannyer...

    BalasPadam
  5. saya ni kan yati masak apa pun saya makan..sup dan asam pedas kedua2 suka..sedap..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak..wahhhh....sup dan asam pedasss semua sedapppp especially sup...peberettttt tu....

    BalasPadam
  7. Ahaha... macam ini baru adil. Ayah makan asam pedas anak makan sup. Dua-dua dapat apa yg dikehendaki. Pahala lebih pada tukang masak juga:) Alhamdulillah... kenyang semuanya.

    BalasPadam
  8. sampai hari ni saya tak reti nak masak asam pedas..huhu

    BalasPadam
  9. biasanya ikan ja yg akak masak asam pedas..ataupun sayur keladi...

    BalasPadam
  10. kalau sup tu, mmg feberet sepanjang masa anak2… hihihi, hirup sup bermangkuk mangkuk :)

    BalasPadam
  11. Adoi kak, sedapnya. Lagi2 asam pedas tu. Hmm, menyelerakan.. :D

    BalasPadam
  12. Jarang buat asam pedas tetel ni CH..tetiba teringin bila tengok ni!

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. hahahaha sebenarnya 2 batang serai tu Hainom.... akak dah edit, tulah nak cepat sgt menaip, takutnya jadi double meaning hainom kihkihkih

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)