Jumaat, 27 Disember 2013

Janji perut kenyang .... tak pe lauk simple ^____^

Assalamualaikum kekawan.. Jumaat yg berakah utk semua :)

Bila weekdays dan balik lewat memang terkejar-kejarlah nak memasakan ... itulah yg terjadi dengan saya semalam... 
"apa nak masak ye Nabil yg cepat "kata saya pada nabil... 
"apa kata mama buat sup telur.. dah lama mama tak masak" sarannya pada saya....
"okey set memang cepat tu" jawab saya...

Maka jadilah "Sup Telur Kobis Bunga"
Tadaaaa.....


Inilah lauk simple yg mengenyangkan kami tiga beranak... tambah sambal ikan bilis kentang tu ada lagi , tulah yg saya perangatkan... bertambah mereka dua beranak makan... blurrppp "My tummy is full" kata nabil hehehe


Saya suka kuningnya yg oren dan putihnya kelembutan... kak noor kata telur rebus pecah... cara saya senang ajer.. apabila air dah mendidih betul terus pecahkan telur dan tutup api dapur, biar dia masak dengan kepanasan yg sedia ada tu jer...

Jom kita tengok resepi yg simple dimple ini... trade mark dia "janji perut kenyang ... bluurrrpp " hahaha

RESEPI SUP TELUR 

Bahannya :-
  • 4 biji telur 
  • Bunga kobis (ikut suka anda ye saya letak semangkuk kecil)
  • 1/2 inci halia*
  • 2 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih * (*dihiris halus)
  • 3 gelas air (ikut keperluan)
  • 1/4 kiub ayam
  • Daun Sup
  • Garam
Caranya :-

  1. Tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan air, selepas air mendidih masukan kuib, garam dan bunga kobis.
  2. Apabila bunga kobis dah separu masak angkat ke manggkuk, besarkan api dapur, biar air mendidih  sangat, pecahkan semua telur dan tutup api.
  3. Kemudian masukan semula bunga kobis dan daun sup, rasa kemasinan, jika cukup masinnya.. biarkan saja telur tu masak dengan kepanasan yg tiada api dapur tu..
  4. Siap untuk dihidang bersama nasi putih dan sambal tumis..


9 ulasan:

  1. Kalau perut dah lapar yg simple pun bertambah2 makan... janji kenyang kan...

    BalasPadam
  2. Alahhh sedapppnya Kak.. sup telur ni simple tapi nampak menyelerakan sgt.. abg Nabil mesti suka kan...hihi

    BalasPadam
  3. saya masak boleh kata setiap hari balik kerja..terkejar2 jugak dgn anak kecil lagi.
    tapi syukur, husband sy suka makan kat rumah.
    sy masak x sedap pun dia boleh tambah2..:)

    BalasPadam
  4. kalau saya time2 je nak makan sup telur ni kak...bukan kata memilih tapi tak berapa nak gemar... heeeee

    BalasPadam
  5. bagus jugak resepi ni kak...anak2 sure suka ni..sebab dorang sukaaa sgt2 dgn telur..huhu

    BalasPadam
  6. memang simple tapi sedap..saya pon suka..

    BalasPadam
  7. sup telor pun sedap...senang kerja. hirup panas2 pulak tu.

    BalasPadam
  8. simple yang pentin air tangan ibu tu... yang pentingkan Nabil :)

    BalasPadam
  9. bijak cadangan nabil… boleh jadi perunding masakan mama :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)