Rabu, 18 Disember 2013

WW : NABIL ~ RAMBUTAN VS PULASAN ^___^

Assalamualaikum kekawan... moga ceria dan sihat selalu :)



Hari rabu ni kita layan gambar nabil berjimba-jimba dengan sepupunya di kebun uwan dan atok di Kuang ni... Pokok rambutan ni rendang sungguh, buahnya hingga mencecah ke tanah, senang si Nabil ni memetik buahnya, lepas tu terus buka dan ngap masuk mulut... eemmm dapppp nya. Alhamdulillah tahun ni buah-buahan dirumah mak berbuah semuanya dengan lebatnya.. saya ambil lebih utk sedekah pada jiran tetangga di shah alam... Tengok Nabil berpeluh-peluh bermain dikebun tu...


Aduh dah merah pulasan emak ni...semua orang geram dengan pulasan ni yg berbuah dengan jayanya... pokoknya pun rendang juga petik jer lepas tu buka dan ngap masuk ke mulut.... emmm manisnya... dah lama pulasan ni tak berbuah tu yg geram sangat, lepas tu besar-besar pulak, 10 biji kakak saya makan dan sendawa... tergelak kami semua dibawah pokok tu sambil berkelah... 

p/s kekawan ada dusun durian tak... dikebun mak saya ada sepohon jer pokok durian, lepas tu masa hujan ribut itu hari dah tumbang... huhuhu dah tak ada pokok durian dah...

12 ulasan:

  1. Yati..rambutan gading kat rumah saya masih hijau, x masak lagi...durian pun ada jgk tapi tak luruh lagi...huhuhu

    BalasPadam
  2. seronoknya dapat makan fresh dari pokok cam ni kan... kak rose adik beradik ade gak bli kebun buat dusun kat kg, masa ni tengah banyak buah...durian, rambutan n pulasan...mungkin minggu depan baru dapat balik kg...jeles kan Nabil, nanti nak jugak posing bawah pokok... he he he

    BalasPadam
  3. Nabil!!... bagilah auntie rambutan dan pulasan tu. Banyak betul. Rumah kampung auntie banyak juga tapi 99% monyet yg makan. Nenek dah tak ada macam itulah jadinya.

    Seronok betul auntie tengok Nabil makan bawah pokok. Best kan:)

    BalasPadam
  4. dah lama tak makan rambutan… kat sini ada jual, tapi mahal yg amat.. makan epal dulu la puas2.. balik M'sia baru makan rambutan sampai lebam… hihhi

    BalasPadam
  5. rambutan kuning...wah wahhh...mebeles..buah pulasan tu akak tak pernah tgk yg kat pokok..dok beli kat pasar malam ja

    BalasPadam
  6. ooooittt dah lama tak makan pulasan... dulu kebun opah ada ni dah tak der laer lagi..

    BalasPadam
  7. terliuq tengok rambutan gading ni tau kak yatie , dalam cuace panas terik ni..dah bayangkan air rambutan yang meleleh bila di gigit tu auwwww..

    BalasPadam
  8. pulasan jrng jumpa...aduii..sedapnya tp takleh mkn byk2 nnt sakit tekak

    BalasPadam
  9. sedapnyerr. tun suka makan rambutan kuningg

    BalasPadam
  10. Geramnya tgk buah bergayut di pokok. Kat kg saya xde pokok buah yg menjadi kecuali buah kelapa sawit. Hehe..

    BalasPadam
  11. geram tengok buah pulasan tu...rambutan tu noe dah x heran...sbb berlambak kat kampung...dulu umah noe kt kg ada gak pokok durian tapi pokok tu dah mati...dah x ada la merasa buah durian sendiri...

    BalasPadam
  12. Mesti bestkan makan rambutan fresh from pokok....tapi okje kurang suka rambutanlah CH....makan tu makan le tp tak delah fanatik hehe....
    Pokok Durian ada.... baru nak belajar berbuah!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)