Khamis, 20 Februari 2014

AYAM MASAK KICAP SUHUN ..... eemmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan :)

Layan selera budak tiga orang ni... asyik masak ayam goreng berlado jer kan.. jadi boring jugak dorang ni... Bila saya masak ayam kicap suhun ni .... melonjak kegembiraan mereka semua... saya letak lebih suhun ni.... Nabil panggil suhun ni mimi... "mama letak mimi tu banyak2 dalam pinggan Nabil tau".... kakak pulak jeles" penuh pinggan kau jer Nabil, kakak pun nak jugak" udah berebut suhun ni pulak... penyudahnya saya letak 3 genggam suhun ni kekawan.... hah pueh hati korang ye... :)

RESEPI AYAM MASAK KICAP SUHUN

Bahannya :-
  • 3 ketul peha dan 3 kepak ayam (ni jer bahagian kesukaan anak-anak kan)
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih(dimayang)
  • 2 biji cili hijau
  • 3 genggam soon(rendam dulu)
  • 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
  • kicap
  • garam
  • air
Caranya :-
  1. Goreng ayam hingga masak, angkat dan letakan ketepikan
  2. Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
  3. Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
  4. Selepas tu baru dimasukan goreng ayam tadi. Gaulkan sedikit.
  5. Siap untuk dihidang...

18 ulasan:

  1. sedap tu..utk anak2..kalau utk mak2 kena pedas lagi..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kniedaz.. untk anak2 kecil kena tak pedas... akak pulak letak cili potong bagi pedas

      Padam
  2. Wah sedapnya..selalu makan ayam masak kicap aje tak soon..nanti boleh cuba..

    BalasPadam
  3. sangat sedap..suka ayam masak kicap..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku kalau masak kicap T kan..aku tumis sikit ngan cili..adalah pedas2nya tu..4 beranak minang kat umah tu kalau tak bercili..mkn sikit jer lah...

      Padam
    2. Tu aku bubuh cili potong jer Nee.... cili tu aku yg makan... yg kuat makan podeh ni yg nombor dua tu jer... suka ikut style aku makan..

      Padam
  5. wah nampak sedap!! yeahhhh, sye stuju kak, kalau hari2 masak benda sama kita pun jemu.. huhuhu

    BalasPadam
  6. wah nampak sedap!! yeahhhh, sye stuju kak, kalau hari2 masak benda sama kita pun jemu.. huhuhu

    BalasPadam
  7. dap nyer... mudah rupanyer nak buat... terima kasih share resepi...

    BalasPadam
  8. suka ayam masak kicap ni kak.. letak suhun tu lagi sy suka...hehe

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum

    My feberet nih. Sedappp...

    BalasPadam
  10. Ni faveret kat rumah ni CH....tp okje jarang goreng ayam tu dulu....main lebur jer, malas punya pasal hehe...Mimi pun Okje tak pernah letak

    BalasPadam
  11. feveret sepanjang zaman..ayam kicap..tambah apap pon kompom laku

    BalasPadam
  12. bagus idea yatie ni...x pernah taruk suhun lg dalam masak ayam kicap...boleh cuba nanti

    BalasPadam
  13. sedapppnya.. lama tak makan hihihihi.....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)