Selasa, 4 Februari 2014

BIHUN TOMYAM AYAM.... eemmm dapnya... kata budak demam ehe :)

Assalamualaikum kekawan... salam ceria semua :)

Buat bihun tomyam ni semalam petang, atas permintaan nabilah yg demam tu, perangai dia sama dengan en suami saya, bila demam suka minta masakan tomyam, katanya makan panas-panas serta ada rasa masam-masam tu kena dengan tekak orang demam, en suami saya bila makan masa panas-panas tu, siap tengok peluhnya menitik-nitik... pastu dia rasa kebah demamnya...
Begitu juga dengan Nabilah dua kali tambah dia makan, puas hati saya tengok dia makan, lepas tu balik pulak budak dua orang tu dari sekolah... pun mintak bihun jugak tak nak makan nasi... penyudahnya nasi malam tu saya buat nasi goreng paginya...

Senang saja resepi campak-campak bihun tomyam saya ni kekawan.. jom intai resepinya :)

RESEPI BIHUN TOMYAM
Bahannya :- (utk lima orang)
  • 1/2 peket bihun (direndam sebelum direbus)
  • 1 bhgn dada ayam potong kecil hirisannya
  • 1 biji bawang besar (potong bulat2)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 batang serai (diketuk)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 1 batang karot
  • 5 helai daun limau purut
  • bunga kobis
  • 1 1/2 kiub tomyam (saya guna kuib maggi)
  • 4 cawan air
  • 1 biji limau nipis
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris hingga wangi, kemudian masukan ayam, gaulkan , lepas tu masukan air.
  2. Kemudian masukan daun serai, karot dan kiub tomyam.
  3. Apabila dah mendidih baru dimasukan bunga kobis, tomato dan daun limau purut. Perah limau nipis tadi.Rasa garamnya.
  4. Bila semua dah merasa masin dan masamnya bolehlah dihidangkan bersama bihun tadi.

18 ulasan:

  1. aduhhh...sedapnya kak... sy klu bab2 tomyam ni semua sy sukaaa...hehe

    BalasPadam
  2. salam yatie, kat umah akak ni kalau tak demam pun anak2 suka tomyam ni, tapi tak suka bihun pulak, kalau mee tomyam mmg pagi petang siang malam depa ulang heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah ni suka bihun kak noor, kalau mee mereka kurang nak makan.. apa2 pun makan Tomyam Memang Sedap ;)

      Padam
  3. asai tomyam je, mesti kecoq ayaq lioq...ok, esok nak wat tomyam..hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dah kecoq ayaq lioq Eza..... esok kena buat cepat2 ni ;)

      Padam
  4. akak pun suka makan tomyam bila demam...panas2 gitu sedap..:)

    BalasPadam
  5. betul tu CH....org demam kan pahit tekak kalau makan masam masam seleralah agaknyakan....

    BalasPadam
  6. Saya pun suka bihun tomyam, lagi pedas lagi ummph..hehe

    BalasPadam
  7. tomyam mmg sedap. anak sulong sy suka sgt bihun tomyam cam ni. agaknya masa preggy dia sy suka sgt nak makan tomyam hilangkan rasa tekak yg tak best tu kan...

    BalasPadam
  8. Legakn hati bila tgk ank brselera mkn. Lagi2 tomyamyg sedap tu.

    BalasPadam
  9. memang sedap ..selalu juga order kalau makan di kedai ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    BalasPadam
  10. sedapnya bihun tom yam tu…
    Biasa saya suka request hubby masakkan tomyam… dia lagi pakar buat tom yam dari saya…ekekkeke

    BalasPadam
  11. sedap jugak bila dimakna dgn mi atau kueteow,kan...
    kalau buat tomyam,saya letak sikit susu cair...nampak cantik dan pekat kuahnya

    BalasPadam
  12. yumyum.. sedapnyer...saya kekadang dilanda musim malas, guna kuib jer kikiki.. tp honestly x berapa sedap lerr. tumis camni lg best

    BalasPadam
  13. makan ni jer pun dah cukup kenyang ...cukup segalanya...tak payah makan nasi lagi dah..

    BalasPadam
  14. favourite saya nih..bihun tomyam..aduss terliur..

    BalasPadam
  15. KEGEMARAN SY BIHUN TOM YAM NI TAU.. LAMA X BUAT JGK.. SBB LAMA DAH DAPURKU X BERASAP KIKIKIKI

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)