Isnin, 7 April 2014

ADUHHHHH SEMAKIN BERAT MENANGGUNGNYA....


Assalamualaikum kekawan.. Moga Sihat dan Ceria :)

Kehidupan sekarang kita sering terbelenggu dengan masalah hutang kan.. Ramai yg berkata jika tidak berhutang .. kita tidak berharta.. ye ke ? Persoalannya bagaimana kita hendak menyelesaikan segala hutang piutang kita itu kan..
Jom baca bagaimana nabi ajar kita untuk tidak resah gelisah dengan hutang piutang ini..





Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ 

وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”


Sumber dari Face Book...

20 ulasan:

  1. wkmsallam yatie..semoga kita semua terhindar dari resah gelisah

    BalasPadam
  2. Tq sharing kak... hidup sekarang ni kalau x berhutang..memang x sah kan

    BalasPadam
  3. Satu2 nyer perkara yg aku dan suami sgt sependapat adalah "HUTANG" T...paling kami hindarkan...mengumpul dulu nak kan sesuatu...mmg kami cuba utk tidak melangkaui apa yg kami mampu bayar bila berhutang...

    BalasPadam
  4. hutang ptptn huhuhu
    dah pinjam kene la bayar kan

    BalasPadam
  5. hutang kereta ja...benda2 kecik...kumpul duit dulu baru beli...

    BalasPadam
  6. salam isnin
    sama-sama diamalkan
    ^_^

    BalasPadam
  7. sebagai renungan bersama..bestnya hutang kereta-kereta dah selesai.. :)

    BalasPadam
  8. tq for sharing..

    BalasPadam
  9. Oh... kalau doa ni kakak setiap kali lepas solat memang baca Yati tapi tak sangka utk hindarkan dari hutang juga ye... Tapi bila usia dah jejak 40an ni Yati rasanya beban hutang dah tak ada atau dah berkurang kot...

    BalasPadam
  10. ya Allah, moga terhapus segala beban kami yng berhutang...aminnn

    BalasPadam
  11. Saya cuma akan berhutang untuk beli rumah dan kereta sahaja, sebab dua mende ni tak mampu dan tak ekonomikal kalau beli cash. Biarlah tak berharta dan tak bergaya, asalkan tidak dibelenggu hutang lapuk.
    TQ yatie for sharing.. memang selalu amalkan lepas solat dan dalam maksurat jugak..

    BalasPadam
  12. janganlah kita berhutang kalau rasa tak mamup nak bayar.. tapi tuler dunia harinikan... harap kita lepas dari hutang

    BalasPadam
  13. ini doa dlm al-mathurat. amalkan selalu atleast sekali sehari (ingatan utk diri saya sendiri juga)

    BalasPadam
  14. thanks for sharing kak..niesa yg muda2 ni pun dh byk hutang..hukhuk...

    BalasPadam
  15. Salam, perkongsian yang baik ni Nur Hayati, berdoa memudahkan urusan dunia akhirat, berbanyak tumpukan memasuk duit kan untuk apa semua belakang kira hehe

    BalasPadam
  16. terima kasih kak yatie..terbaik kak..

    BalasPadam
  17. ...zamn skg ni mmng xdpt tidak mesti brhutang ,kan yatie,apa pun kata org2 tua banyak nasi banyaklah keraknya ....

    BalasPadam
  18. setakt ni hutang ptptn 7 kereta..
    kalau boleh memang tak nak berhutang..tp tulah..

    BalasPadam
  19. terima kasih atas perkongsian kak yatie...noe ada utang kete n umah jer...nak beli cash dua2 ni x mampu ler...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)