Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan Ceria :)
Jom kita ulangkaji.. tentu ada yg dah baca tentang Rahsia Solat Lima Waktu ni kan...
Setiap hari kita perlu tambah ilmu dan ulangkaji ilmu kita sebelum ini.. Teringat saya masa kecik2 dulu bila pergi mengaji Quran.. ustaz selalu pesan.. kita perlu selalu ulangkaji.. umpama pisau yg tajam .. kalau kita guna setiap hari dia pasti akan tumpul.. untuk menajamkan semula kita perlu asah semula pisau itu biar tajam semula.. begitu juga dengan ilmu .. kita perlu ulangkaji semula supaya ianya tajam didalam perbuatan kita seharian..
LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Sumber : Ustazrazi

solat bnyk hikmahnya..nk jaga tu plg susah
BalasPadamtq kakak
BalasPadamimportant info
TQ for sharing
BalasPadamsemoga kita dpt jaga solat, lg untung solat di awal waktu
BalasPadamterima kasih yatie..sama2 kita beringat
BalasPadamusia makin meningkat ni, kenalah jaga solat. kdg tu tolak tepi kerja rumah, selesaikan dulu dgn Dia Yang Maha Esa.
BalasPadamdapat akak tambah ilmu baca n3 yatie...moga kita sama2 dpt pengajaran dgn info ni...
BalasPadamkena didik dari kecik lagi supaya anak2 jgn melewat2kan solat
BalasPadamAku lah tu T..terkdg tu buat keje dioffice tak sedar dan pukul 3 dah..zohor tak buat lagi..Tkasih T saling mengingati...
BalasPadamSalam Kak..
BalasPadamTQ berkongsi ilmu.. InsyaAllah kan perbaiki sholat dan tidak akan melewatkan waktu...amin! :)
TQ kongsi ilmu..
BalasPadambyk hikmahnya setiap yg Allah cptakn.unik pun unik...
BalasPadaminsyaAllah...tak boleh lambat2kan solat lagi!
BalasPadamWalaupun dh penah baca, saya baca lagi...sbb dah lupa.
BalasPadamTerus baca dan baca lagi info begini bagus Yati. Kakak suka sebagai peringatan bersama.. tak apa baca banyak kali pun.
BalasPadamkalau waktu subuh tu on time je la saya ni. sebab asal azan je terus bangun. then waktu yang on time lagi satu pulak magrib. 3 in between tu la selalu timing lari.
BalasPadamterima kasih atas peringatan kak yati...kadang2 tu mmg lewat juga solat...kena push diri awalkan solat
BalasPadamniesa sll kalau asar mmg kena tunggu balik keje baru buat..sbb kt tmpt keje surau xsiap lg..huhu..thanks share kak..
BalasPadamTQ berkongsi ini CH...
BalasPadam