Jumaat, 2 Mei 2014

BAGAIMANA cara kita MEMANDU... ?

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah dipanjangakan usia dan diberi kesihatan yg baik..



Hidup ini bagaikan satu pemanduan.

Di jalanraya, kita memandu adakalanya di lorong kiri, ada kalanya di lorong kanan. Kalau kita jenis yang memandu perlahan, duduklah di sebelah kir. jangan menghalang laluan mereka yang memandu laju atau ingin memotong.

Orang yang memandu perlahan, jangan tuduh orang yang memandu laju itu berlagak, sombong dan lupa diri. Kita tidak tahu kenapa org itu memandu laju. Mungkin kerana mengejar masa, mungkin kerana sudah jadi tabiatnya memandu laju. Yang memandu laju pula ingatlah....jangan memandang rendah pada yang memandu perlahan. Yang penting, kalau memandu perlahan..jangan sampai menyusahkan orang lain. Kalau yang memandu laju pula, jangan sampai membahayakan nyawa sendiri dan nyawa org lain. kalau mahu memandu laju, bersedialah menerima risikonya. Kalau kena saman, bayarlah..tak payah salahkan sesiapa. Sebab kita yang memandu laju bukannya dipaksa oleh sesiapa.

Ketika hendak parking kereta, ramai yang suka mencari tempat teduh. Parking di bawah pokok menjadi rebutan kerana kereta terlindung dan tak terlalu panas. Itupun ada risikonya...., kadang2 ada ranting patah, kadang2 ada tahi burung jatuh atas cermin atau bumbung kereta. Begitulah ibaratnya bagi mereka yang ingin menumpang kasih orang (suami orang). Ingin berteduh tetapi perlu bersedia menghadapi risikonya.

Kadang2 dah baik2 kita parking, tiba2 ada pula parking di belakang kita hingga kita tak dapat keluar dari parking lot. Kenapa? Sebab ramai manusia yang suka mementingkan diri sendiri. Tidak mahu berfikir tentang kesusahan org lain atau memang suka menyusahkan orang.

Tapi inilah hidup kita. Ada masanya kita seperti memandu di jalan yang sesak dan tidak ada peluang utk berpusing balik lagi. Redah saja kesesakan itu hingga sampai destinasinya. Kadang2 kita bertuah kerana mendapat ruang untuk U Turn dan memilih jalan lain. Itulah kehidupan kita...perlu berani menerima risiko. pilihan tetap perlu dibuat setiap hari. Tapi biarlah pilihan dan keputusan kita tidak menyusahkan diri kita dan tidak menyusahkan orang lain.

Wassalam

Madam/Dr fauziah
UUM

14 ulasan:

  1. saya suka memandu line kanan tp akan bagi laluan kalau ada kereta laju dibelakang sy..sebab saya x suka ikut belakang kerete yg macam nak ambil angin atas jalanraya

    Lagipun..memandu slown ni kadang2 buat kita ngantuk kan :D

    BalasPadam
  2. perkongsian yang menarik..bagaimana pula jika memandu laju, 130km/j di jalanraya yang sepatutnya hanaya 90km/j?..hehe..tidak mematuhi arahan kan..

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat Kak...
    suka N3 ni... betul tu hidup ini umpama 1 pemanduan...:)

    BalasPadam
  4. muhasabah diri di pagi jumaat.
    terima kasih kak~

    BalasPadam
  5. bila dah kita memandu elok2
    tiba-tiba ada tayar treler melambung hempap
    bumbung kereta..
    memang boleh dibuat perumpamaan jalan hidup ini

    BalasPadam
  6. Salam kak :) tq atas perkongsian..

    BalasPadam
  7. menarik perbandingan yg dibuat..

    BalasPadam
  8. Assalam Kak Yati..JM singgah dan follow sini dan terima kasih sudi baca blog JM tu :-)
    Menarik lah entri ni ada maksud tersurat dan tersirat sbb kita skrg sedang memandu di jln menuju akhirat :-)

    BalasPadam
  9. Memang betul ni. Tekun saya membacanya. Kebanyakan kita kalau duduk di belakang stereng, memang rasa macam jadi orang lain, bukan diri sendiri. Samalah dalam kehidupan ni, ada aje yang suka berlakon menjadi bukan diri sendiri :)

    P.S. Minta maaf ya... saya memang takda butang follow bagai di blog. Malu nak bagi tahu sebab :) tapi saya dah add aje blog ni dalam bloglist saya :D

    BalasPadam
  10. Okay done follow you back here .. :D
    Memandu nie kan penuh dengan dugaan dan cabaran.. Kene banyak bersabar jer lah..

    BalasPadam
  11. suka n3 ni...betul apa yg kak yatie perkatakan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)