Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. Moga sihat dan ceria :)
Saya masak sayur ni semalam .. sayur ni dan Tofu Telur ni kegemaran kami anak beranak.. hendaknya kakak Nabilah cukup suka sangat.. bertambah-tambah sayur dan tofu telurnya dalam pinggan.. yang nabil pulak suka meratah tofu telur tu..
Kak Najeeha tekak kampung sikit.. kalau lauk dan sayuran kampung dia suka sangat.. suka kalau saya goreng pucuk paku tu :)
Bahan yg cukup mudah dan cepat dimasak.. inilah antara lauk weekdays saya.. perlu yg cepat sahaja.. ialah balik kerja dan terkejar-kejar nak masak untuk dinner kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)
RESEPI BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR
Bahannya :-- 1 bungkus taufa telur
- 300 grm sayur bak choy
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1/2 inci halia dihiris
- 1/2 batang lobak merah dipotong
- 3 sudu besar sos tiram
- air secukupnya
- garam
Caranya :-
- Bersihkan sayur bakchoy toskan. Letak tepi
- Goreng taufa telur yg telah di potong bulat sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
- Tumis halia dan bawang putih kekuningan,kemudian masukan air dan sos tiram, masukan lobak merah.
- Lepas tu masukan sayur bakchoy dan garam. Tutup sebentar sehingga sayur masak..
- Akhir sekali masukan taufa yg digoreng tadi serta rasakan garamnya
- Siap utk dihidang.
P/S : ini entry auto publish.. jumaat-ahad saya balik kampung mertua..
salam Jumaat kak..
BalasPadamwahh nampak sihat betul mknn BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR ni.. sedapnya.. boleh cuba nti..:)
wahhhh nanti nak buat la
BalasPadamyup sngt sedap...sy pun selalu masak mcm ni =)
BalasPadamadoi sedapnya
BalasPadamsedapnyeeeee.. ini masakan chinese kan!
BalasPadamzura suka makan makanan ala2 chinese menu nih..sedappp
simple je tp sedap kan..salam jumaat kak.selamat bercuti
BalasPadamSedap nampak...tengahari ni boleh minta tolong buatkan guna resepi nie....
BalasPadamsedapnya sg tgk...tp sy tak suka sangat tofu..slamat blk kg yer..
BalasPadamsimple dan sangat menyelerakan
BalasPadamemmm terliur knor tgok...mmg suka sgt towfoo lembut ni
BalasPadamSedapnya... nampak menyelerakan. Bolehlah saya cuba. Saya sendiri cukup suka tofu telur ni tapi jarang nak beli dan masak sendiri. Nanti saya nak cubalah hujung minggu kalau tak ke mana ...
BalasPadamsedap dan berkhasiat tu yatie...kalau anak akak iman makan tofu telur tu aje,sayur tolak tepi .
BalasPadamKegemaran sikecik aku ni T.....
BalasPadamAssalam yati,
BalasPadamwaduh sedapnya lauk macam ni..
berlawankan sambal belcan dah cukup dah pada kita...:)
Kak Yati..memang easy measy lah..nanti mlm nak try :-)
BalasPadamsedapnya..sy pun suka klu sayur campur camni..bagus anak2 akak semua suka makan sayur
BalasPadamOhhh tu bak choy namanya yeh....jarang beli sayur tu CH.....
BalasPadamTohu tak hancur yeh CH....pandai awak masak