Jumaat, 4 Julai 2014

GULAI UDANG PUCUK UBI .... emmm menyelerakan :)

Assalamualaikum kekawan ...
Salam petang yg ceria :)

Ini bukan lauk iftar saya semalam kekawan.. semalam kami iftar nasi kukus ayam berempah.. itu permintaan anak2 saya.. tak buat pun.. beli jer pada kakak yg selalu jual ditepi taman perumahan saya ni.. Alhamdulillah dah dua hari nabil dapat berpuasa.. bila dapat makan nasi kukus ayam berempah ni.. bertambah makannya.. pagi tadi sahur pun banyak dia makan..

Muka letih Nabil nak tunggu berbuka.. semalam dia nak sirap bandung laici pulak.. ikut kan ajer budak berpuasa ni kan.. lebih buah laici tu ada lagi .. penuh dah dalam gelas dia laici tu :)



Masak gulai udang dengan pucuk ubi sebelum ramadan tu hari.. dah lama rasanya tak makan pucuk ubi masak gulai.. masa pergi pasar tu tengok pucuk tu cantik pulak menghijau.. tu yg beli.. lepas tu kakak pulak nampak udang laut yg besar tu.. okey juga di gulai dengan pucuk ubi ni.. kata hati saya.. 

Jom semak resepi yg mudah ini kekawan..


RESEPI GULAI UDANG PUCUK UBI


Bahannya :-
  • 10 ekor udang laut besar
  • 1 ikat pucuk ubi (dicelur dulu)
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*dikisar)
  • 300 gram santan (200 grm + 1 cawan air)
  • 1 cawan santan pekat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg ditambah air kedalam periuk, bahan kisar  dan udang. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan pucuk ubi yg dicelur tadi, serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat , kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.

25 ulasan:

  1. Alhamduillah nabil dah boleh bertahan. Insya-Allah boleh terus belajar tu Yati. Suka kakak sebab biasa budak lelaki kan lasak lebih sikit dan cepat dahaga.

    Betul tu Yati ikut aje apa dia nak makan asal tak mudharat. Bagi semangat dia suka berpuasa.

    BalasPadam
  2. akakkkk..kenapa menarik sgt lauk akak nieee....

    BalasPadam
  3. fuhhh sedapnya
    terasa nak makan udang jugak
    udang lemak nenas

    BalasPadam
  4. Wahh...meriah ni..
    Meriah nak tambah nasi klu sy...

    BalasPadam
  5. sedapnya..dah lama tak makan pucuk paku..sy tak reti sgt makan kuah lemak,tp klu pucuk paku camni sy suka

    BalasPadam
  6. Sedap ni T..aku suka pucuk ubi dan pucuk paku kalau lemak cili api ni..kemain menonjol 3 ekoq udang tu T oii...

    BalasPadam
  7. kalau saya....mcm biasa la. udang tu yang habis dulu. pucuk paku lak wife yg tolong habiskan.... hahaha

    BalasPadam
  8. aduhai....lama juga saya tak makan pucuk ubi...

    BalasPadam
  9. Wah...lama rasanya tak makan pucuk ubi.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak, sedapnya.. sheila suka pucuk masak lemak. terliurnya kitaaaa. Salam Ramadhan kak sekeluarga ~~~

    BalasPadam
  11. MasyaAllah kak.. Sedapnya. Tp petang ni menu sy sardin je. Anak2 yg mintak. Hihi, senang ibu dorang..

    BalasPadam
  12. amboi! buat orang terliur jer...kat rumah bunda ni kalu lauk udang..telur ngn ayam cepat lah lakunyer...ikan ngn daging kurang....

    Nak buat jugaklah minggu ni..

    BalasPadam
  13. Nabil macam anak saya...muka penat, melepek aja....hahaha..tapi anak saya request nak "milo tabur"...hahaha

    BalasPadam
  14. uncle ni gambar makanan tak kesah sangat... tapi tang sirap bandung laici tu yang tak menahaaaaannnn....!!!!!

    haha

    BalasPadam
  15. tu dia... mmg besar betul udang tu.. tun pon suka makan pucuk ubi.. jarang2 beli sbb selalu kalau yg jual tu sure lg byk daun yg dh tua dari pucuk ubi tu.

    BalasPadam
  16. Fuhhhh mmg besaq udangnya kak.... ;)

    BalasPadam
  17. nampak.menyelerakan...sedappppp

    BalasPadam
  18. kalu ganti sotong boleh kan... sbb x mkn udang

    BalasPadam
  19. Sedapnya tengok udang besar-besar gitu :)

    BalasPadam
  20. berapa umur anak bujang tu
    anak saya afif dah 6 tahun, tapi mampu separuh hari aje

    wah menu tu menariklah kak...buat meleleh ayer liur ni =)

    BalasPadam
  21. Sedapnya CH....hari tu lagi nak makan lemak ubi ni. Hari tu beli daun ubi lastnya rebus cicah sambal belacan...hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)