Rabu, 2 Julai 2014

:: Kisah NABIL dengan CACING Kerawit ehe :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari keempat kita berpuasa.. semoga kita diberi kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah yg lain ye kekawan..

Ini cerita sebelum puasa itu hari, kan ustaz mereka suruh makan ubat cacing, maka hari khamis tu masa bawa kak nabilah keklinik, saya pun beli lah sekali ubat cacing.. ye lah si Nabil dah sibuk tanya, bila nak beli , bila nak beli.. bergembira lah dia bila dapat ubat tu..

Lepas solat isyak budak berdua tu Najeeha dengan Nabil tu pun makanlah ubat tu..
"Makan habiskan semua kata doktor tu kan Mama" tanya Nabil..
"ye, dalam tu ada 10ml jer" jawab saya..
Kisah keesokan harinya.. Nabil hendak buang air besar..
 "Aduh sakit perutlah " katanya
Tiba-tiba terdengar orang menjerit dari bilik air...
"mama, cacing tu dah keluar.. dia dah mati.. ada banyak..." jerit dia dari dalam bilik air..
"cam mana ni.. macam mana ni" jerit dia..
"tak apa cacing tu dah mati, plas ajer tandas tu" jawab saya .. kakak dua orang tu dah tergelak-gelak sakit perut ketawakan dia..

Keluar dari tandas muka Nabil cuak jer..
"Mama nanti dia keluar lagi ke, bila Nabil buang air besar" soalnya
"Dah habis keluar tu dia dah mati" balas saya..
"Jadi selama ni, cacing ni yg selalu makan, bila nabil makan chiken goreng tu ye, patutlah Nabil kurus " ujarnya .. tersenyum saya mendengarnya..

Saya tanya pada Jeeha.. "Jeeha macam mana buang air besar, ada cacing keluar" 
Perlahan jer dia menjawab " ada mama tiga ekor.. besar pulak"
"Hahaha sempat pulak ko mengira jeeha" tawa kak Nabilah
"ko Nabil tak kira ke cacing ko tadi" tanya nabilah pada nabil..
"tak, takut.. terus plas air " jawab nabil
"ko pun patut kena makan ni Nabilah sebab kurus juga" balas saya.
"Darjah satu itu hari kan kakak dah makan, tak ada pun cacing" ujarnya..

Bila begini teringat pulak saya masa kecik-kecik dulu-dulu.. lagi bila bermain kejar2 ke.. apa ker mana pakai selipar.. dah tentu banyak cacing.. bila Pusat kesihatan datang sekolah kan mereka bagi makan ubat cacing.. dulu-dulu Misi tu ceritalah tentang cacing ni.. macam2 jenis kan.. cacing kerawit, cacing gelang..  ehe :)

Kekawan dah bagi ke anak2 makan ubat cacing :)


23 ulasan:

  1. As salam yati, bebudak memang kena bagi mkn ubat cacing setahun sekali..termasuklah cam kita ni..

    BalasPadam
  2. Kalau anak kakak biasa kakak bagi setahun sekali Yati. Tapi bila dah period rasanya tak perlu lagilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke kakzakie.. nanti kena bagi mereka ni tiap-tiap tahun lah..

      Padam
  3. cerita yang bermanfaat..
    mesti cuak muka nampak cacing..

    BalasPadam
  4. kelakar plak baca....noe tak pernah bagi ubat cacing kat anak2...lepas ni nak bagi jugak la...menabung tuk kak yatie :)

    BalasPadam

  5. ada org kata,air tebu..terutama tebu yg tak dikupas kulitnya sblm dimesin..mengandungi telur cacing dibahagian ruasnya tu..

    BalasPadam
  6. cacing ni puncanya..tgn,celah2 kuku.. bsuh tgn tak berapa bersih..tu yg ada cacing kerawit tu..
    main pasir atau tanah...
    ingat masa kecik2 dulu..duk kampung..

    BalasPadam
  7. Baca cerita NAbil ni, mmg teringat zaman kecik2... masing2 eksaited nak buang air besar lepas makan ubat cacing... Siap jeles lagi kat abang yg ada banyak cacing.... hahaha, rasa mcm kelakar pun ada...

    Sebelum fly hari tu, ada terbawa sebotol ubat cacing... Itu la penyelamat utk Danish bila tgk dia mcm kena cacing... Kat sini mmg xde ubat cacing... tanya doktor pasal ni, mereka pun pelik... huhuhu

    BalasPadam
  8. hehehe....kelakar pulak baca kisah nabil ni...bila la nak bagi budak2 ni mkn ubat cacing..ermmm

    BalasPadam
  9. Yana dan Yani pun baru makan ubat cacing

    BalasPadam
  10. lawaknya anak2 yatie...ingat akak masa sek ren dulu kena mkn ubat cacing kat sek,esok lusanya guru kelas tanya semua murid keluar berapa dan jenis apa...masa tu lah tau jenis2 cacing yg menghuni perut,...

    BalasPadam
  11. nampak gak anak buah dulu ada cacing ...

    BalasPadam
  12. Anis pernah dah bg makan dulu.. dh lama gak rasanye.. nanti nak belikan untuk dia jugak lah.. nampak kurus jer dia.. tapi perut x buncit.

    BalasPadam
  13. hahah..anis dulu time kecik2 menangis nampak cacing dalam badan..hahah.. kelaka2.. cite nabil nie bua anis teringat zaman kecik2 je..hihi

    BalasPadam
  14. hahaha nak tergelak baca keletah anak-anak yati...
    saya dah lama tak bagi anak2 ubat cacing.

    BalasPadam
  15. dulu2 acik ikut kata klinik..setahun sekali bagi..bila masing2 dah besar ni..pandai2 sendiri..kan yatie

    BalasPadam
  16. Tak penah pun aku bg kat anak2 aku T...elok jugak kan bg...Si Yana aku tu..Kurus jer..byk cacing kut...

    BalasPadam
  17. xpernah lagi bagi anak ubat cacing... tunggu doc advise la kan kak. hehe
    seronok je ngan peel anak-anak ni ye

    BalasPadam
  18. hehehe princess pon mkn ubt cacing haritu.hehehe

    BalasPadam
  19. saya ada bagi juga
    elok bagi setiap enam bulan sekali =)
    rasa kelakar dengan membaca keleteh anak-anak akak dengan cacing =)

    BalasPadam
  20. Nak gelak baca kisah si Nabil ni. Saya pun doktor ada tanya masa bagi ambil last injection untuk Adik bila genap dua tahun. Abang dan Adik belum pernah makan ubat cacing. Kalau tengok badan, macam takut-takut jek cacing tu nak masuk :) Rasanya saya pun nak beri juga anak-anak ni. Lama dah teringat, kalau tak baca entri ni dok pendam lagilah hasrat tu.

    BalasPadam
  21. hahaha kelakar la nabil...lepas nih kena bagi anak ubat cacing tiao tiap thun la

    BalasPadam
  22. wak pon geli geliman baca ubat cacing nih., iihHKks

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)