Jumaat, 11 Julai 2014

MURTABAK MAGGI AYAM.. emmm enaknya :)

 Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Masak murtabak maggi ayam ni pada iftar hari Rabu tu hari.. kakak Nabilah masuk kereta terus tanya.. "mama, kat rumah kita ada mee maggi tak?" 
"ada rasanya, ada apa pulak?" soal saya
"kita buat murtabak maggi nak tak, kakak dapat resepi dari suratkhabar" ujarnya..

Siap dipotong resepi murtabak ni kekawan.. bila tengok resepi ni , mudah ajer, boleh lah dicuba.. bahan-bahan dia pun ada dalam petiais..

Usai solat asar, saya masak nasi dan lauk utk berbuka.. kemudian baru saya dua beranak mula projek membuat murtabak ni, kakak tolong kupas bawang dan hiris sekali daun sup, saya cincang daging ayam dan celur mee maggi. Siap gaul semua, mula menggoreng.. 20 minit semua siap.. sedap di makan masa panaskan.. jadinya 7.20pm terhidang lah murtabak maggi ni..
Jom intai resepi kekawan.. saya guna satu peket maggi jer kekawan.. kalau ikut resepi di suratkhabar tu dia guna 2 peket, kalau kekawan nak makan ramai ikut resepi disuratkhabar tu ye :)

 


RESEPI MURTABAK MAGGI AYAM

Bahannya:-

  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100g isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Minyak 
Caranya :-
  1. Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
  2. Goreng isi ayam cincang, angkat ketepikan.
  3. Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan ayam cincang yg digoreng tadi, bawang, daun sup, gaul mesra.
  4. Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
  5. Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
  6. Hidang ketika panas


27 ulasan:

  1. mudah saja nak buat dia..nnt boleh cuba jgk la..

    BalasPadam
  2. Pernah cuba sekali. Rasa sedap juga sesekali nak ubah selera dari murtabak yang biasa dibeli tu.

    BalasPadam
  3. sedapnya. lepas ni boleh lah nak cuba. senang je nak buat

    BalasPadam
  4. eh senang jer la...bestnya...rasa macam nak buat plak..Dania suka ni kak

    BalasPadam
  5. bestnya mak dan anak minat yang sama, senang je ke buatnya..

    BalasPadam
  6. Feberet anak2 sy ni cuma kami guna mee jenama lain..

    Sy pun kalau buat x guna perencahnya. Ada resepi, gaul sekali perencah sekali dgn telur tu..

    BalasPadam
  7. pernah buat...tapi en suami x berapa suka

    BalasPadam
  8. Yg senang..senang sajaa..yg penting sedap rasanya...ambik ko komen aku T...versi dangdut lagi...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhahaha tergelak besar aku Aini.. berdangdut ko bantai komen :D

      Padam
  9. bertuahnya yatie anak dara nya suka memasak....

    BalasPadam
  10. selalu gak jumpa resepi ni kat mana2 tapi tak penah SB cuba..

    BalasPadam
  11. anak bujang saya pun suka jugak..;-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/03/murtabak-maggi.html

    BalasPadam
  12. Mcm senang sgt...mls2 memikir bolehlh btkn...tq resepinya

    BalasPadam
  13. Sedapnya murtabak maggie.. TQ share resipi..

    BalasPadam
  14. huhuhu baru semalam buat murtabak maggi

    BalasPadam
  15. wife saya kalau dah abis idea nak masak apa, dia akan buat murtabak maggi. selera saya lak...makan juga tapi takde la sampai tahap minta tambah. hihihi

    BalasPadam
  16. salam kak..nak buat pun senang kan.. boleh lah cuba nti..rajin lah kakak Nabilah ni..:-)

    BalasPadam
  17. menarik gk menu murtabak maggie..rmi gk tgk org buat tp blum cuba

    BalasPadam
  18. nampak menarik n best tp ntah bile nk buat

    BalasPadam
  19. Banyak jadinya CH dpd sepeket maggi....puaslah makan Kak Nabila tu

    BalasPadam
  20. sedap sgt murtabak maggi ni. terima kasih ye sbb share resepi yg sdp ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)