Rabu, 23 Julai 2014

STEAK KAMBING BLACK PEPPER SOS... emmm yummy :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)


Buat projek Steak Kambing Black Pepper Sos ni bersama anak buah.. anak kak andak saya.. dia memang pakar buat masakan western food ni.. so belajar lah dengan dia ni.. anak2 saya lah yg paling suka.. mereka kan suka kambing .. tak sempat nak ambil gambar yg proper sebab sibuk iftar dengan kambing ni.. jadi ambil gambar togel jer tak ada kentang goreng, salad dan tomato..


Buat masa cuti Nuzul Al Quran tempohari di rumah mak.. kambing tu dia dah siap2 perap dari rumahnya semalam.. kami bakar dalam pemanggang ajaib tu.. memang mudah kerja.. lembut jer dagingnya bila dimakan.. semua perisa terasa..

Jom intai resepi yg mudah ni.. resepi ni utk empat keping daging kambing ye kekawan.. buat makan keluarga yg kecil gitew :)

RESEPI STEAK KAMBING BLACK PEPPER SOS 

Bahannya :-

  • 4 keping daging kambing yg besar
Bahan rembah perap
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 1 s/b makan daun rosemary kering
  • 1/2 s/b jintan kasar
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b kicap manis
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b jus limau
  • 2-3 s/b minyak zaitun
Caranya :-
  1. Goroeng bawang putih dengan minyak zaitun hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
  2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam hingga lumat, kemudian  masukan bawang putih digoreng tadi.
  3. Lepas tu gaul sebati bahan tumbuk bersama jus limau, kicap dan sos tiram. 
  4. Kemudian gaulkan pula dengan daging kambing hingga mesra. perap semalaman utk dapatkan daging yg lembut didalam peti sejuk.
  5. Bila masa memanggang boleh dibakar didalam oven atau pemanggang ajaib.

Sos Lada Hitam
Bahannya :-
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 s/b mentega
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1 litter air
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 - 2 s/b kicap (terpulang nak pekat hitam)
  • 1 s/b sos tomato @ chili
  • 1 s/b lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 kiub perasa ayam
  • sedikit garam
Caranya :-
  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung jagung di larutkan dalam air hingga sebati, kemudian masukan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukan semua bahan lain, kacau atas api yg sederhana sehingga pekat. Boleh diangkat dan dimakan bersama daging kambing bakar tadi.. 

21 ulasan:

  1. huwaaa sedapnyaaaaa.. nanti nak try laa.. time bukan bulan puasa ekeke

    BalasPadam
  2. Ini kalau nak cuba pun lepas rayalah nanti :) Hubbydearie memang suka part-part daging kambing ni.

    BalasPadam
  3. wahhhh da lama x makan kambing... sedap ni kak...

    BalasPadam
  4. telan air liur ni nasib baik hari ni ada yg dtg bawa kambing heheehe

    BalasPadam
  5. kita kambing bakar ni kure sikit.. kita boleh bau kambing tu..

    BalasPadam
  6. wahhh...sedap je nampak kak.. en suami & Pa'e lah suka kambing..sy tak makan..hehe

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kak
    eh tengok resepinya tak susah sangat ek. tapi sedap sangat nampaknya tu kak.
    asben saya siap beli yang dah diperap sekilo rm50. kira tinggal tuk di panggang jela.
    ish nanti nak try la resepi akak ni. tq kak

    BalasPadam
  8. Suami suka, tpi tkboleh mkn dh..drahnya tinggi..tgok bolehlh, klu suri dia mkn..

    terliur teman

    BalasPadam
  9. sedapnya kak...
    terliur dibuatnya.

    BalasPadam
  10. klau mcm ni perlu cari pemanggang ajaib tu dulu :-)
    Pasar kat area umah ni x de daging kambing ganti ngan daging lembu pun boleh kan :-)

    BalasPadam
  11. Lama dah tak buat sendiri CH..... faveret hubby kambing ni...

    BalasPadam
  12. noe mmg x makan kambing...hubby je yg makan...x pernah buat sendiri lagi...

    BalasPadam
  13. ermm.. sedap nyer... idah suka kambing steak tau... wallah... :D

    BalasPadam
  14. Peberet en hubby ni. Tp x leh makan sll sbb ada heart attack

    BalasPadam
  15. nmpk sedap tp somi n sy xmkn kmbing

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)