Jumaat, 22 Ogos 2014

ADOIII Letih dan Lesunya NAK BANGUN TIDUR NI ^__^

Assalamualaikum kekawan..

Selamat berhujung minggu dan hari bersama keluarga.. pada hujung minggu ni lah rasa 

nak manjakan badan.. dan rasa nak golek terlentang sesuka hati.. tapi tulah kalau

 dah nama nya perempuan, pastu banyak kerja yg perlu diselesai ..

 lupakanlah seketika dan bergolek-golek santai tu kan...




6 Tip Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tak larat tul nak bangun dari katil? Ntah la, badan ni lesu semacam aje. Haha… bila berdepan situasi sebegini, pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.
Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana, mungkin ianya bukan satu masalah. Tapi, kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan, ianya memang masalah besar. Fuhh… ini tak boleh jadi nih.
Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 6 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.

6 tip yang saya maksudkan adalah;

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.Sebaiknya minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur

Begitulah 6 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.
Selamat Mencuba!

13 ulasan:

  1. nak senam atas katil tu kan, mau terpenyek anak dara tu he3... xpon, dia join sekali bangun solat subuh ;)

    BalasPadam
  2. salam jumaat and great piece of sharing kak... setakat ni jarang2 lagi dapat kelesuan bila bangun tidur ni...selalunya mamunlah...he he he...

    BalasPadam
  3. Idah selalunya bangun pagi tak sempat kelesuan kot... celik jer mata... semuanya kena pantas... :D tapi kalau malam sebelum tu tak cukup tidur... balik lewat ker... haa... kadang2 tu kena gak... :D boleh try la petua nie yer... hik3x...

    BalasPadam
  4. Kakak dulu masa anak kecik selalu juga lesu tapi bila anak dah boleh berdikari kuranglah sikit Yati.. Tapi tips minum air masak sebaik bangun tidur masih kakak amalkan hingga kini..

    BalasPadam
  5. Perkongsian yg bagus kak, boleh dipraktikkan.. Cuma sy suka lg air sejuk basuh muka. Fresh gitu..

    BalasPadam
  6. boleh guna tip akak nie...hehe

    BalasPadam
  7. mmg best dapat golek2 jer atas katil hujung minggu... kalau perut lapar, order jer makanan delivery... sekali sekali best jugak mengelat dgn bermalas malasan di hujung minggu...

    BalasPadam
  8. kak Yati...JM paling susah nak bangun tidur huhuh nanti leh try tips yg kak Yati kongsi nih..sekarang cuma praktik minum air kosong sejurus bangun tidur je

    BalasPadam
  9. ehhh ada.. letih bebeno rasanya.. tapi kalau ikutkan memang kerja rumah tak bergerak lah kak... kena jugak bangun.

    BalasPadam
  10. saya selalu rasa camtu..kalo dah camtu malas memanjang..

    BalasPadam
  11. ada ada... yer la after whole week tungkus lumus kemas cuci umah jaga anak non stop, then akan ada satu hari tetiba rasa penat dan malas sangat2.

    BalasPadam
  12. Betul CH....bila bangun tido mmg le rasa letih tp bila dah kena air wudhuk tu terus jer jadi segar.....
    lain lain tips nak kena cuba tu nampaknya

    BalasPadam
  13. Good tips.. Nak kena tidur awal sikit baru lebih segar bangun pagi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)