Selasa, 19 Ogos 2014

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM...emmm dapnya :)

 Assalamualaikum kekawan...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi dan sihat serta ceria :)


Puas sudah makan yg berlemak dan berminyak.. jadi tukar selera makan yg rebus pulak kan.. suka tekak ni bila yg masuk kedalam mulut, lain dari biasa dimakan kan.. Nak buat yg berebus ni pun bukan susah.. mudah sesangat lah kan :)



Petang semalam ini lah iftar saya dan en suami serta dinner utk anak2. Saya masakan juga Asam pedas ikan siakap, bayam goreng dan telur goreng dadar bawang merah..
Bila masak yg simple ni berselera jugak anak beranak makan.. 
En suami hari ni dah raya.. tinggal saya lagi nak menghabiskan lagi dua hari.. InsyaAllah ..
Semalam hero saya Nabil demam, en suami yg amik mereka dari sekolah semalam.. lepas tu terus bawa klinik.. doktor kata kalau hari rabu tak elok demam kena check darah.. sekarang ni shah alam sedang merebak demam denggi.. kawan ofis pun dah kena denggi, sekaran ada dihospital..
Semoga Nabil cepat sembuh.. pagi tadi hantar sekolah, badan masih dedar lagi.. dah pesan kalau tak larat, suruh cikgu telefon mama, boleh ambil Nabil dari sekolah tau..

Senang ajer nak buat kekawan ikan kembung rebus air asam ni kekawan.. 
Jom kita intai resepi yg mudah ini ^__^



RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


Bahannya :-
  • 2 ekor ikan kembung (dibersihkan)
  • 1 mangkuk air rebusan ikan
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 5 biji cili api dihiris nipis
  • 2 biji cili merah dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit daun kesum
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji limau nipis
  • garam
Caranya :-
  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping, serai dan daun kesum. Tambah garam sedikit. Tunggu sehingga masak. ketepikan.
  2. Bakar belacan sedikit, kemudian ambil semangkuk air rebusan tadi, masukan belacan dan asam jawa, lenyekan sampai hancur sehingga mesra, masukan bahan yg dihiris dan dipotong,perahkan limau nipis, gaul mesra.
  3. Kemudian tuangkan keatas ikan kembung tadi.
  4. Siap untuk dihidang.  

28 ulasan:

  1. Sedap ni...btul la...tekak dah x berapa nk terima lemak2 ni...penat dah mknnya...hari ni pun cadang nk msak sup ayam jer....:)

    BalasPadam
  2. Betullah Yati, bila open house sana-sini semunya buat kita muak.
    Kena asam rebus macam ini lagi berselera..

    BalasPadam
  3. ya Allah kak yati sedap nie.... dpt nasi panas2 mmg lieya curah byk2 air asam tu....mmg bertambah lee makan kalo gini heheheeh....

    betul tu kak, skrang mmg tgh musim denggi...kat opis lieya ni ade 2 org baru kene....akak pantau yeak keadaan nabil...in sha Allah kami2 doakan agar demam biase ajek dan cepat sembuh kembali mcm sedia kala.....

    BalasPadam
  4. wah menu, bikin lapar
    lama dah tak makan ikan kembung rebus air asam ni
    adeh, meleleh dah ayer liur ni =)

    BalasPadam
  5. Berselera plak nengoknya.. sedappp..suka kembung rebus gini.. cicah ngan kuah asam

    BalasPadam
  6. semoga Nabil cepat sembuh ya...

    sedap sungguh lauk pauk akak masak..

    BalasPadam
  7. Selera betul aku tgk ni T..sesekali kene rebus2 mcm ni mau menambah 2 pinggan nasik..sebenarnyakan T rebus2 ni lagi berkhasiat dari goreng2 tu..tapi kita ni kan rebus2 sesekali..mengoreng2 tiap2 hari..mana tak mencanak kolesterol...

    BalasPadam
  8. akakkkk..tertelan air liur falsya tgk ikan rebus air asam tuh..huwaaa..

    BalasPadam
  9. Kecur air liur tengok...dari hari tu saya teringin nak buat...
    tapi tak tau resepi nya...ni dah ada..bolehlah cuba...heeeee... :)

    BalasPadam
  10. sedapnya kakkk....suka suka suka sgt ikan rebus camni..

    BalasPadam
  11. macam ni pun sedap dah kak yati.. hehehhehe

    BalasPadam
  12. sedapnya yatie...nak buatlah nnti ..kakak mmang suka ada masam2 ni
    moga nabil cepat sembuh ...

    BalasPadam
  13. salam kenal kak, terima kasih sudi datang dan follow bubblynotes yang tak seberapa tu... saya follow akak balik...

    BalasPadam
  14. Mmg sedap masak asam cenggini CH kalau kena kembungnya. Ikan kembungkan ada yg tak sedap... Dulu masa OKje kerja ada satu gerai depan ofis ni selalu jual masak ni ...Pergh mmg sedaplah....

    BalasPadam
  15. Bunda ni baru sehat..dua hari bunda selsema batuk dan demam...
    Mulut pun masih pahit ni...tengok resipi kat sini terasa pecah lior bunda...
    Kalau kene makanan masam2 gini terasa berselera sikit...semalam anak bunda belikan laksa...selera bunda makan...
    Nanti bolehlah buat masak asam rebus ikan macam ni pulak... terima kasih CH..

    BalasPadam
  16. haiii yati, salam kenal... thanks sudi follow blog akak...

    BalasPadam
  17. Musim demam sekarang ni. Anak-anak saya pun baru kebah dari demam tapi batuk dan selsema masih berbaki lagi. Susah juga hati bila anak-anak tak sihat.

    Ikan rebus ni baru je 'melahap' tapi beli kat kedailah tadi untuk lunch :)

    BalasPadam
  18. sedap ni. Ros belum pernah buat sendiri lagi..

    BalasPadam
  19. Semoga nabil cepat sembuh.

    Kak zai pun selalu buat masak macam ni, lagi sedap bertambah2 makan.

    BalasPadam
  20. alhamdulillah..che mid lagi sehari berpuasa.

    err, di shah alam tu di mana tinggalnya, che mid di meru, klang je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tinggal Di desa alam seksyen u12 shah alam che mid.. dekat dah meru dgn shah alam tu che mid ;)

      Padam
  21. senang dan sedap. time2 terkejar masa blh je masak ni kan.

    BalasPadam
  22. semoga nabil cepat sembuh....simple2 macam ni yg sedap...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)