Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat penghulu segala hari..
Pagi ni sewaktu membuka FB diwall saya ada menceritakan kisah pokok Nabi di Jordan ini.. secara tak langsung menggamit kenangan saya di Jordan sewaktu menghadiri konvo adik saya di Universiti Yarmouk Jordan, saya dan mak serta abah dua minggu bercuti disana.. puas berjalan adik saya bawa.. cuma tak dapat masuk Syria yg sangat ketat.. habis masa kami seharian di sana..
Saya juga berpeluang pergi ke Pokok Nabi ini.. ada juga mengambil gambar kenangan dibawah pokok ni...
'Pokok Nabi'. Atau disebut 'The only living sahabii (Sahabat Nabi yang masih hidup). Hanya sepohon pokok ini sahaja yang terletak di tengah2 padang pasir di Buqayawiya di utara Jordan. Tak ada sepohon pokok pun dalam lingkungan 100km keliling. Tapi ia tetap hidup subur merimbun.
Dikatakan di bawah pokok inilah Nabi Muhamad S.A.W. yang mulia dan pembantunya Maisarah berteduh, berehat sebelum menyambung perjalannnya utk berdagang di Syam (Bosra, Syiria). Pokok ini selalu diziarahi oleh ulama2 besar dunia, antaranya Syeikh Dr. Muhamad Said Ramadan al Butti.
Perjalanan untuk ke tempat ini sangat mencabar..Bentuk muka bumi yang berbatu2, dilatari ribut pasir yang kencang sehinggakan beberapa kali kereta krew kami terpaksa berhenti. Seolah2 angin berkenaan nek membritahu bahawa perjalanan dakwah ini penuh dgn mehnah dan tribulasi.Hanya yg cekal sahaja akan berjaya. Tapi nikmat tak terkata bila dapat berteduh di bawah pokok yg pernah Nabi saw berteduh. Semoga dibrkati...
pokok ni nama asalnya apa ek?
BalasPadamatau ni satu2 nya jenis yg tumbuh dan disini shja
Wah... Best... Sambal belacan semalam power sungguh. Thanks
BalasPadamKakak mengikuti rancangan Jejak Rasul di tv masa Ramadhan tempohari Yati. Kisah pokok ini juga ada dikisahkan. Krew tv pun siap bersolat lagi di bawah pokok itu. Yg anehnya di padang yg luas hanya ada pokok ini aje kan - maha berkuasanya Allah.
BalasPadamAku pun pernah terbaca kisah pokok Nabi ni T...kau berutngnya T dpat kesini yer...
BalasPadamPernah tengok dokumentari mengenai pokok Nabi ini di TV. Nabi ketika membantu Khadijah berniaga dari Mekah ke Syam (Syria) sering duduk beristirihat di bawah pokok ini, sebab itu ia dipanggil pokok Nabi. Maha Suci Allah kerana hingga kini walau dah lebih 1,400 tahun tapi pokok ini masih dipeliharaNya dan terus hidup di tengah-tengah padang pasir...
BalasPadammaknanya pokok ni da berusia lbh 1400 thn???
BalasPadamSeronoknya Kak Yati dapat sampai dekat dengan pokok nabi ni
BalasPadamseronok nyer dpt peluang ke sana...
BalasPadamSubhanAllah.. untungnye akak dapat tengok dengan mata sendiri. mudah2an zura jugak di beri peluang untuk berteduh di bawah pokok ini.. InsyaAllah.. Amin~
BalasPadamberuntung yatie dah dapat tengok sendiri pokok tu
BalasPadam1st time tgk
BalasPadambestnya kak Yati dapat peluang tgk pokok nabi nih
BalasPadamSubhanallah subur pokok nya...dan akak bertuah nya dah dpt me lihat sendiri pokok nabi
BalasPadamBeruntungnya dapat pergi melihat sendiri pokok Nabi ni. Serius, seluas-luas pandangan padang pasir, hanya pokok ini je yang tumbuh subur di sini?
BalasPadamakak pegi tgk pokok nabi ni? syukur dn seronok dpt tgk sndiri the only living sahabii
BalasPadamMacam ni ye pokok nabi...perkongsian yang menarik kak.
BalasPadamterasa kerdilnya diri...
BalasPadamSeronoknya CH awak oernah sampai sana ......dapat berteduh bawah pokok tak ...
BalasPadam