Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan ceria di hari raya :)
Hari kedua kami pula membuat kunjungan .. rumah pertama yg dituju rumah Mak Uda di Segambut Dalam.. Adik mak, Mak asal orang Segambut.. di Kuang tu kampung Abah.. mak hanya tinggal 3 beradik ajer.. raya pertama mak uda dah datang rumah mak.. begitulah setiap tahun..
Mak Uda yg bertudung biru disebelah mak saya tu.. masa mak uda dtg rumah tak sempat pulak nak bergambar..
Anak-anak pulak bergambar bersama atuk..
Rumah mak uda ni diatas bukit.. disekelilingnya penuh dengan Kondo mewah di Segambut tu.. berkesempatan juga bergambar diluar rumah.. berlatar belakangkan bangunan tinggi tu..
Dulu masa kecik.. rumah arwah atuk ni dikelilingi oleh pokok getah ajer.. sekarang zaman dah jauh berubahkan..
Rumah kedua pula, di kampung Pasir, Petaling Jaya, ni saudara belah abah, dah semakin uzur mak cik saudara ni.. dah tak boleh berjalan hanya mengesut jer untuk berjalan..
Tak lepas memegang tangan mak.. rindu katanya.. ye lah setahun sekali baru nak berjumpakan..
Masa mula-mula tengok mak cik dah tak boleh berjalan, semua tak dapat menahan airmata.. masing mengesat pipi.. tak mampu melihatnya..
Di rumah ketiga, juga saudara sebelah abah, kira sepupu abah ni.. dah setahun lebih sakit terletak, dah tak ingat orang ni.. kebanyakan mereka sebaya jer ni.. sayu ajer melihat mak cik ni.. dahulu masa kecik2 bila beraya, ceria jer mak cik ni bercerita.. tahun ni pergi beraya sambil menziarahi yg sakit..
Hero saya ni, bersama-sama dengan sepupunya, mereka dengan cara mereka beraya.. habis jelajah kolam ikan lah.. kebetulan masa pergi rumah ketiga ni buat open house, ada khemah disediakan.. banyak juadah yg disediakan.. kaum bapa apa lagi.. menambah berat badan lah kan..
Lepas dari itu hari hujan, semua pakat nak balik sebab tak selesa nak jalan hari hujan ni, abah pun nak balik ajer.. penat katanya.. rata2 kawan abah, semuanya dah tak sihat..
Kekawan jalan mana raya ye :)
selamat hari raya
BalasPadamyelah kan kalau ziarah saudara yang dah uzur2 ni, memang sedih
ada yang mata dah tak nampak, telinga pun kurang dengar
tapi bila kita salam dia dan cium pipi, dia pegang tangan kita tak nak lepas, sedih je rasa
Untungnya keluarga ada di sekitar KL/Selangor. Bolehlah beraya sakan di pagi raya pertama, kedua dan ketiga. Kami sekeluarga raya pertama tak dapat gerak ke mana. Terima tetamu yang rata-rata melawat mak. Adik beradik kandung mak tinggal dua aje - mak saya dan kakaknya. Dua-dua di BP. Raya kedua baru dapat gerak rumah mak sedara dan sepupu. Itupun tak dapat ziarah semua kerana mereka pun sibuk beraya ke rumah sanak saudara di luar kawasan pulak. Raya ke tiga dah sampai KL dah saya dan keluarga :(
BalasPadamselamat hari raya kak..
BalasPadamfalsya xsmpt lg nak gie beraya..
Lebih kurang kakak juga Yati, kami lebih tumpukan beraya tempat mereka yg kurang sihat dan yg uzur. Sedih rasa hati tapi bila dpt menghulur sikit pun rasa lega. Sekuarg-kurangnya kalau tak dpt jumpa lagi kita dah tak kesal..
BalasPadammeriahnya raya kak yatie..JM raya hati tu ta sri tu biasa2 je tak ada yg nk di kongsi..gambar raya pun tak sempat nk ambil huhu mmg x de gambar kenangan
BalasPadamsedih bila menziarah pakcik makcik yg dah tak sihat...tambah sedih sebab raya tahun ni mak dah takde...sedih teramat..dah lain dah raya lepas2 ni..cuma dpt ziarah adik2 mak yg masih ada..tu pun masing2 dah tak sihat dan uzur sgt
BalasPadammemang jalan sakan la cuti ari raya ye kak..
BalasPadamMeriahnya sanak saudara ramai...hari raya baru kita berjumpa..waktu lain sibuk bekerja.
BalasPadamziarah menziarah yg tua dan sakit..esok2 kita pula yg di ziarahi..
BalasPadamsemoga di berkati semua yg sehat dn sakit.
meriah rayanya..
Saya paling suka kalau raya g menziarahi..x kira siapa..tp suka sangat..sebab masa rayalah kita nak jumpa orang2 yg dah lama kita x jumpa kan..bertanya khabar..bertukar2 cerita..meriah
BalasPadamSelamat Hari Raya..Wanie datang sini dan follow ye..salam perkenalan.. ^_^
BalasPadamTak sempat beraya kat KL lagi CH.... kat kg hari tu adalah gi rumah kakak abang OKje dan makcik pakcik sebelah suami
BalasPadamMasa nilah kita nak ziarahkan CH....kalau tidak bila lagi
meriah raya CH tahun ni..selamat hari raya :)
BalasPadamMeriahnya beraya sambil berziarah..
BalasPadamSalam Eidul Fitr.. :)
Meriahnya akak..
BalasPadamSy belum smpt kongsi entri
best dapat menziarah sanak saudara semasa raya....
BalasPadambanyak juga rumah sempat beraya..ziarah sanak saudara terasa meriahnya kan..salam aidilfitri maaf zahir batin
BalasPadamKalau hari raya idah memang suka cari mak2 & pak2 sedara especially yang dah uzur tu... kita tak tau samada raya depan kita akan dapat beraya lagi ke tidak... setidaknya dapat juga bermaafan dan bertanya khabar... :)
BalasPadamgigih ny akak mengambik gambar setiap rumah yer.. simpan kenangan.. :)
BalasPadamPegi penang je raya kali ni. Tu pun dah raya ke 4. Ry ke 5 balik gombak.
BalasPadamperkara wajib yg perlu dilakukan bila raya...kunjung mengunjung sedara mara... seronok klu jumpa :)
BalasPadamtu yg best tu ambik gambar setiap rumah. sy xde pulak thn ni. mmg dah ramai yg uzur...kita pon umur makin meningkat.
BalasPadammak cik tu sakit apa? nampak uzur benar... syafakallah
BalasPadamsetiap rumah ada gambar..sy bergambar kt rumah nenek aje
BalasPadam