Selasa, 23 September 2014

RESEPI APAM BAKAR KELANTAN

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)

Hehehe baru balik sekodeng FB.. baca cerita kekawan 

di FB pulak.. terjumpa lagi resepi yg menarik dihati..apalagi 

terus save di sini, nanti nak buat senang.. jom kekawan 

kalau nak buat dulu.. silakan :D




Apam Bakar Kelantan
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai)
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera (tak letak pun)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)
Cara-cara
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk.
Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.
Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit sebelum diangkat.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.

11 ulasan:

  1. Itu gambar dari blog Azie Kitchen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Azie.. akak tak tahu lah pulak.. minta maaf ye.. sebab akak ambil dari wall FB tadi.. tak sangka gambar dari blog azie.. itu gambar yg dipamirkan.. nanti akak tengok kat FB tu dr Blog mana dia dapat ye... skrg ni memang byk yg gunakan gambar dari blog masakan ..

      Padam
  2. zaman kanak2 dulu..apam ni peberet masa sarapan...samada mak buatkan atau beli...

    BalasPadam
  3. Rasa pernah nmpk tp x pernah mkn

    BalasPadam
  4. bagaimana rasa agaknya ...sebab ada manis ,halia dan bawang gitu...

    BalasPadam
  5. dulu chek aka mak saya selalu buat..sedap..ada rasa lada hitam..tba2 teringin la pulak.. :-)

    BalasPadam
  6. Tak pernah cuba makan pun apam bakar kelantan ni. Kalau part nak buat tu, alahai....Kalau orang bagi free untuk cuba, mungkinlah kot :)

    BalasPadam
  7. Wahh.. kuih ni lama dah tak makan. Saya suka sebab rasa manis dia. =D

    BalasPadam
  8. Tak pernah pulak buat yg letak mcm mcm tu . ..selalu buat plain aje, tak delah bawang bagai.....cicah kari sedaplah kot yek

    BalasPadam
  9. tak pernah mkn...
    sedap eh kak yati...
    bila2 boleh cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)