Ahad, 28 September 2014

RESEPI IKAN KELI PENYET

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu.. masak apa lunch ni atau pun makan nasi kenduri.. saya tak kemana pun hari ini.. smlm dah penat melenjan menemani budak bertiga mengikut rombongan sekolah di Horse Shows Sg Besi.. nanti saya up entri ye ;)


Tadi layan FB kejab.. pastu ada pulak yg post resepi ikan keli penyet.. tengok macam sedap je kan.. tapi saya kurang makan ikan keli ni.. rasa nak tukar ikan lain pun sodap ni ;)  

Bahan2 nya pun mudah ajer.. yg penting save resepinya disini dulu.. nanti kita buat pulak.. ;)


RESEPI IKAN KELI PENYET


Bahan2 utk lele/keli penyet

1 gelas air
2 sudu besar tpg beras
1 1/2 sudu tpg ubi
limau niipis/lemon sedikit
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1/2 sudu besar ketumbar*
sedikit kunyit*
sedikit halia*
garam *
sedikit gula 1 biji telor

caranya
1. bersihkan lele/keli kemudian perah sedikit lemon atau limau nipis..biarkan seketika kemudian bersihkan dgn air

2. tumbuk lumat bahan bertanda* halia, bawang putih, kunyit, ketumbar buah keras dan sedikit garam

3. dlm 1 bekas masukkan air dan bahan tumbuk..masukkan ikan keli biarkan seketika dlm 20 minit...

4. keluarkan ikan keli dan toskan ..dlm bekas tadi yang ada bahan tumbuk dan air..masukkan telor dan tepung ubi dan tepung beras..kacau sebati dan isikan sedikit stok ayam..

5.. masukkan semula ikan keli dan goreng dalam minyak panas sehingga masak...

6. lebihan adunan yang ada tu boleh digunakan tuk membuat serdak.. hanya goreng aje adunan dlm minyak yang panas.. kalau adunan banyak boleh goreng 2kali ..goreng hingga garing

7 ulasan:

  1. Saya pun tak makan ikan keli (semua ikan yg isinya lembik mcm ikan patin)
    kalau tukar dgn ikan spesis lain ok tak..?

    BalasPadam
  2. Saya sangat suka ikan keli, tak kiralah ikan keli tu dah kena penyet atau belum dipenyet, hehehehe...

    BalasPadam
  3. kalau penyet penyet ni saya suka ayam.. kalau keli makan.. tapi kurang sikit..

    BalasPadam
  4. Saya pun tak makan ikan keli. Kalau cam tu kita boleh aje tukar ikan lain yek. Oh, ya! Nak bagi tau. Hujung minggu lepas saya dok sibuk google cari resepi nak buat pes tomyam tetiba nampak resepi kat blog kawan alam maya sendiri (kat sinilah mana lagi :) So, nak ucap terima kasih kerana resepi pes tomyam buat sendiri tu kalau tidak, habislah bihun tomyam saya tak jadi sebab pes dah habis!

    BalasPadam
  5. Baru aritu makan kat tumah makan cibiuk ambij set nasi lele.. hurmm.. yummylicious..mmg best la..

    BalasPadam
  6. Baru aritu makan kat tumah makan cibiuk ambij set nasi lele.. hurmm.. yummylicious..mmg best la..

    BalasPadam
  7. Sedapnya keli penyet..anak2 semua suka mkn keli..wajib buat tuuu.. :😄

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)