Isnin, 8 Disember 2014

RAIKAN CINTA :: MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ~ KHAIRUL & IEZA ~ KHAIRIL & IDAH # 6 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik :)


Pada hari Sabtu kak Ateh saya membuat kenduri menyambut kedua menantunya.. saya dari hari Jumaat ke rumah Kak Ateh .. apa lagi kerja merewanglah kan.. jenuh juga mengupas bawang ni dalam kategori berguni ni.. meleleh lah air mata dibuat nya.. ehe :)

Tema pada hari itu adalah ungu.. saya tak banyak ambil gambar, gambar2 ni pun saya ambil dari whatsapp group.. tersenyum riang kedua pasang mempelai ni.. senang kerja Kak Ateh dua sekali utk satu kendurikan.. 

Sama padan sama cantik bak kata orang dulu-dulu bagai pinang dibelah dua :)

Sepupu-sepupunya menyakat jugak pada mulanya.. bila kerusi ni mereka duduk dan minta di bayar TOL dari pihak pengantin tu yg mereka menggelabah kerana tidak menyediakan duit hahaha :D

Makan beradap pulak.. teruja pengantin nak makan tu.. dah lapar sangat kata pengantin lelaki tu..

Bapa dan mak pengantin pun tak ketinggalan juga untuk bergambar bersama-sama kawan yg datang meraikan majlis ni.. ada kekawan sekolah mereka datang sama.. hampir berpuluh tahun tak jumpa.. bila datang kekawan tu yg sembang tak sudah ..


Sebenarnya ada photobooth kat sini tapi bila dah sibuk ni memang tak sempat lah bergambar.. si Khairul ni pun bergambar pada ptg Jumaat tu.. tengok baju basah dek peluh.. sibuk menolong sama pengantin ni..

Saya ditugaskan oleh Kak Ateh untuk menjaga Goodies ni.. kena pastikan setiap yg hadirin mendapat .. jadi kerja saya keluar masuk dalam bilik utk mengeluarkan goodies ni.. tu yg tak sempat nak bergambar bagai.. ehe :P

Ni boss dan kawan sekerja Khairil tu.. boss dia chinese .. suka betul mereka.. ramai  kekawan sekerjanya yg datang..


Nak dijadikan cerita pada hari Jumaat tu.. ada pulak paip pecah ditepi jalan besar nak masuk rumah kak Ateh.. sudahnya air paip tak adalah.. memang susahlah kalau kenduri air tak ada ni.. Jadi nya petang tu en suami pergi mencari hotel bajet di Pekan Bukit Beruntung tu.. boleh lah kami mandi dan solat serta tidur disini.. Ambil yg double bed ni.. 
Pukul 10pagi tu barulah dihantar tangki air oleh pihak Syarikat Air Selangor (SYABAS) ni.. jadi pada hari jumaat tu kenalah angkut air dari tempat lain.. sebab nak masak-masak lauk pauk kenduri tu kan.. Kesian sungguh Kak Ateh.. ujian nak menyambut menantukan..


Bila dah akhir kenduri ni.. apalagi.. dera pulak pengantin untuk cuci periuk bagi putih berkilat :D


11 ulasan:

  1. hari sabtu tu kenduri anak sedara acik tema pun purple jugak

    BalasPadam
  2. Berat sama dibantu, ringan sama di rasa
    gembira dpt menantu, kesiannya air tak ada

    Pengantin lelaki muka seiras maklumlah adik-beradik kan Yati
    Kena cuci periuk tu memang dah macam tradisi :)



    BalasPadam
  3. seronok kalau merewang ni...he he he...

    BalasPadam
  4. Seronok dan jimat dapat menantu dua orang sekali.
    Selamat pengantin baru semoga kekal selamanya.

    BalasPadam
  5. musim cuti sekolah kali ni rasanya paling byk jemputan walimatulurus. Tahniah buat pengantin. Untung pengantin dpt mak sedara rajin ni...

    BalasPadam
  6. Wahhh ... Best nyer ...
    Errkkk, dia orang nie kembar ker ??

    BalasPadam
  7. Salam...kembar yer? Semoga berbahgia selamanya.

    BalasPadam
  8. Anak kak Teh yg lelaki ke CH?....
    Alahai kalau nak buat keje kawen tak de air mmg nak menangis rasa....payah nak masak nak basuh pinggan mangkuk....pengantin nak mandi pun payah nanti hihi....

    BalasPadam
  9. Ni pinang dah kena belah empat ni, CH ^_^ Anak Kak Teh tu dua-dua lelaki ke, atau satu lelaki satu perempuan? Alahai, dugaan betullah kalau takda air nak buat majlis. Bukan senang. Tapi takpa, lepas majlis suruh aje pengantin-pengantin turun padang membanting tulang empat kerat. Bersihkan segala periuk belanga yang ada! Eh, buat majlis masak sendiri tak catering ni rasa lebih meriahkan, CH.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)