Khamis, 4 Disember 2014

RESEPI PAPRIK DAGING.... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu hendaknya.. :)



Lama sungguh daging korban ni bertapa dalam peti ais saya kekawan.. ye lah daging korban yg dibuat di kampung en suami pada hari raya haji tempohari.. hampir dua bulan pertapaan daging tu kan hihihi :D
Ahad baru ni , baru saya dapat memasaknya.. en suami minta buatkan asam pedas .. saya buatkan juga asam pedas daging ni utk en suami.. (resepinya disini asam pedas daging)
Untuk anak-anak saya masakan paprik ni.. suka sungguh betul budak bertiga ni makan.. paprik ni kan ada rasa masam manis dan pedas tu yg memenuhi selera mereka..

Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI PAPRIK DAGING 


Bahannya :-
  • 250gm daging (rebus hingga empok)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 200 gm kobis bunga
  • sebiji tomato
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/b kicap cair
  • 1 s/b cili kisar
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • 1 s/k tepung jagung
Caranya :-
  1. Tumis bahan tumbuk dan hiris sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukan cili kisar masak hingga wangi.
  3. Kemudian masukan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kacau sebentar.
  4. Selepas itu masukan daging bersama air rebusan, kemudian masukan pula kobis bunga dan lobak merah.
  5. Kemudian masukan daun limau purut dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali bancuh tepung jagung bersama sedikit air, kemudian masukan kedalam masakan tadi utk memekat kuahnya. Biarkan hingga mendidih sekejap.
  7. Siap utk dihidang :)


15 ulasan:

  1. Sedapnya...kak zai suka paprik daging lebih manis berbanding ayam.

    BalasPadam
  2. Anak dara kakak yg no. 2 pun suka paprik daging ni Yati..

    BalasPadam
  3. selalunya malas2 mmg papriklah jawabnya..
    dging tak pernah buat lgi...

    BalasPadam
  4. memang sedap yatie..suami acik suka makan masak paprik ni..ayam ke daging ke..memang dia suka..tapi makan kat kedai je...acik tak pernah masak sendiri paprik

    BalasPadam
  5. saya pun suka paprik daging/ayam. Tapi kalau daging asam pedas blm pnh masak/try mkn. ada rupanya ya..

    BalasPadam
  6. alamak paprik adalah peberet sy..telan air liur sekarang..:)

    BalasPadam
  7. Yati...satu lauk ni pun dah cukup..nasi pulak panas2..perghh...

    BalasPadam
  8. NYUM...NYUM...NYUM.....pekena dgn nasi panas2 mmg brtmbah sedap.

    BalasPadam
  9. Gambar asam pedas daging takda tapi itulah yang menggiurkan saya. Lamanya CH kepam daging korban dalam esbok. Ni mesti kes sebab tak sihat hari tu ya. Kalau tidak, dah lama daging korban tu jadi pelbagai resepikan.

    Hari tu beli daun limau purut RM2 seplastik besar kat NSK tapi tak tahu nak buat apa. Asyik bantai masukkan dalam tomyam je, berapa helailah nak guna. Kalaulah cepat keluar resepi ni, tentu berbaloi daun limau purut saya yang banyak tu! Itulah, beli mengalahkan orang bisnes restoran jual tomyam!

    BalasPadam
  10. Saya memang suka masak daging paprik ... Semua boleh makan, orang tua dan kanak2 ... Tapi kalau bebudak nie, akan bersusun ler sayur di tepi pinggan ...

    BalasPadam
  11. Lama dah tak beli daging, makan tu ada lah sebab makan tom yam kedai hihi....teringin pulak nak cari masak daging asam pedas CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)