Khamis, 12 Februari 2015

DAGING GORENG HITAM MANIS

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dilindungi Ilahi 

hendaknya. Hasil sekodeng FB petang semalam.. jom kita cuba 

masak resepi ni pulak.. macam sedap jer.. :)






Daging Goreng Hitam Manis.
Daging Goreng Hitam Manis. Bon Appetit
Bahan2nya
750gm Daging hiris
2 sudu besar - Lada hitam- ditumbuk
2 biji Bawang besar - dipotong dadu kecil
1 sudu besar - biji Ketumbar-disanggah dan ditumbuk
1/2 sudu teh - biji Jintan-disanggah dan ditumbuk
1/4 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1.5 inch halia - ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar & akar - ditumbuk
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang karot - dipotong serong
1 biji cili bol - dipotong dadu kasar2
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis & masin.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak Canola/Sayur
Bwang goreng dan daun ketumbar untuk khiasan
Cara2nya
Panaskan minyak diperiok/kuali, masukkan bawang besar dan rempah2 yang di tumbuk halus. Bila remaph mula bangkit tuangkan daging hiris, gaulkan hingga sebati. Letakan kicap manis & masin dan 1 cawan air, letakan garam & gula. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit. Goreng hingga setengah masak, letakan cili bol dadu & karot yang dihiris serong. Tutupkan tudong periok sebentar. Goreng kentang di kuali lain, yang di potong dadu. Masukkan ubi kentang goreng kedalam periok. Gaulkan bersama dagingnya. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak.

21 ulasan:

  1. Sedap! ini salah satu hidangan yg menjadi kesukaan anak-anak kakak. Tapi biasa kakak tak letak daun ketumbar. Lain kali kakak nak cubalah letak daun ketumbar nak bagi aroma dia naik ye Yati:)

    BalasPadam
  2. Sedapnyeeee la (dok terbayang2 baunya, hehe)…..daging masak hitam ni mmg favourite all time kami gak especially anak2.

    BalasPadam
  3. Hmm..sedapnyaa.. daging masak hitam tuh.. :)

    BalasPadam
  4. kak oihhh sedapnyaaaaaa...
    nak.......kite amik resipi ni yek..!!
    minta halal

    BalasPadam
  5. memang nampak sedap...disanggah tu apa yer...

    BalasPadam
  6. ya Allah sedapnye kak....

    akak tau lieya jarang beli daging bile beli barang basah....sebab tak reti nak motong takut tak kene carenye jadi liat.....tp tgk resepi akak ni teliur plak...leh laa nati nak cube...beli daging kat cold storage lah leh beli part yg lembut tu terus...

    BalasPadam
  7. Kalau daging itu digantikan dengan ayam boleh tak..? Anak2 saya tak suka daging, mereka suka ayam...

    BalasPadam
  8. Ini mesti sedap. Selalu kak zai masak paru macam ini.

    BalasPadam
  9. Mak aiii, makan dengan nasi impit sure layan nie...

    BalasPadam
  10. makan dgn nasi panas sedap tu kak..:)

    BalasPadam
  11. Tengok gambar pun dah tau sedap CH ...apatah lagi makan....Tp tambah sedap kalau org buatkan ...

    BalasPadam
  12. sedap sedap.. suka lah daging masak2 macam ni.. masak kicap ke.. masak merah ke eh senang citer masak apa2 pun janji daging hehe..

    BalasPadam
  13. Arrrgghhh sedapnyaa. Kalau hostel ena ni ada dapur, lama dah buat

    BalasPadam
  14. Bab daging ni saya dan suamilah yang paling suka. Yang ini pun pernah buat tapi takdalah ikut resepi bulat-bulat macam yang CH senaraikan ni. Makan dengan nasi panas-panas, uhuh...memang rasa tak mahu berhenti makan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)