Selasa, 3 Mac 2015

PUDING KOKTAIL KASTARD AISKRIM VANILA... emmmm dapnya..

Assalamualaikum kekawan... Salam petang yg ceria

Save dulu kat sini ehe.. biasa lah balik sekodeng FB tengok sedap pulak resepi ni .. terima kasih pada Sajian Dapur Bonda yg menyumbang resepi ni :) 





RESEPI PUDING KOKTAIL KASTARD AISKRIM VANILA

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.
 — ‎dengan 

7 ulasan:

  1. panas-paans gini sedap makan puding koktail..

    BalasPadam
  2. Sedapnya yati. Kakak tak pernah buat macam ni.
    Biasa kakak buat yg berkuah dgn susu tu.
    Nak cubalah bila ada masa... menggoda juga resepinya:)

    BalasPadam
  3. panas2 tgk mcm ni.... meleleh air liur rasanya,, hihi

    BalasPadam
  4. Nampak gambar macam sedap aje... tapi masalahnya nak buat pulak malas, adohai....

    BalasPadam
  5. Acuan puding tu ada jual online tak?

    BalasPadam
  6. Salam sis,,,kalau x pakai ais krim boleh x,,,

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)