Ahad, 22 Mac 2015

RESEPI TAU FU FA... Siapa rajin boleh cuba ^__^

Assalamualaikum kekawan..Selamat berhujung minggu.. 

Siapa rajin nak buat boleh cuba resepi buat Tau Fu Fa ni.. saya selalunya bila di pasar malam jer ehe :) 
Tengok resepi macam mudah jer.. teingin nak buat sendiri pun ada juga ni.. kita save dulu kat sini.. esok senang nak cari.. kawan saya ni rajin betul buat.. ambil kat FB lah ni , mana lagi kan :)


RESEPI TAU FU FA

Bahan-bahannya :
● 250 gram Kacang soya - rendam selama 4 jam atau lebih
● 1 liter air
● 1 sudu teh gypsum powder
● 1 sudu besar tepung jagung dan 1/4 cawan air panas

Untuk air gulanya :
Rebusan air gula dan daun pandan. Terbaik kalau gula melaka.

Cara-caranya :
1. Kisar kacang soya bersama air. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.

2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.

3. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder. Letakkan dalam bekas.

4. Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder. Biarkan disitu sampai sejuk. Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan dan jangan diusik-usik, takut2 nanti cair dan tak jadi.

5. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais. Boleh dimakan dengan air gula.

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum...saya pernah cuba buat..tpi x menjadi. x tau mana silapnya

    BalasPadam
  2. Isteri pernah buat, walaupun cuma 80% menjadi tapi kalau minum kena masanya berselera jugak...

    BalasPadam
  3. nampak macam senang je resepi tapi bila buatnya tatau la boleh menjadi ke tidak huuu

    BalasPadam
  4. sy x pernah mkan benda ni.. huhu.. x tau sdap ke x. Di pasar malam ada ja tngok.. tp x pernah beli..

    BalasPadam
  5. nak dpt kacang soya tu susah..lgpun beli je kan senang.hehehe

    BalasPadam
  6. Sedap kalau dapat tau fu fa dimusim panas ni.

    BalasPadam
  7. Sedap kalau dapat tau fu fa dimusim panas ni.

    BalasPadam
  8. Hujan panas sedap juga ni...dpt semangkuk jadi lh

    BalasPadam
  9. Okje pernah buat air soya tp buat tahu fa tak pernah. Mmg beli jer.....cepat dimakan haha.....
    Ohhh apakah powder Gypsum tu....tam pernah tahu pun....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)