Selasa, 28 April 2015

GORENG SAMBAL TERUNG IKAN BILIS BERAROMA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..



Sambal ni jadi beraroma adalah dari bau harum daun kari yg digoreng bersama sambal nya tu.. perghh memang bertambah nasi dibuatnya.. sudah lah baru pertama cuba .. sesuai pulak selera kami anak beranak.. saya ambil resepi ni dari blogger Sinar Kehidupan tu .. memang apa yg dimasak kena dengan selera kami..


Tapi biasa lah saya ni suka ubah sikit dan mudah utk memasaknya. Masa saya masak ni hari Jumaat yg lalu.. kakak nabilah ada sama... dia lah yg banyak membantu. Tambahan pulak cita-cita dia ingin menjadi seorang chef. Ok kakak Nabilah layan jer.. Moga boleh jadi macam chef Amar.. "Masak dengan iman..." 
Saya copy paste dari blog Yatiememories tu :

RESEPI GORENG SAMBAL TERUNG  BERAROMA

BAHAN A
  • 3 biji terung sederhana panjang (dibelah 2 tengahnya dan ptng 2 lagi)
  • minyak masak secukupnya
BAHAN B 
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
  • 2 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 camca besar ikan bilis-buang kotorannya(saya tak blend sama, goreng asing)
  •  sedikit belacan
BAHAN D
  • 2 camca besar Sos Tiram (saya tak letak)
  • sedikit garam dan gulasedikit air jika perlu (gula pun tak letak)
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung, balik2kan(~ 3 minit saja) dan diangkat. Toskan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Saya goreng ikan bilis asing dan angkat letak ketepi.
  4. Masukkan bahan C. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal. Masukkan bahan D. Masukan ikan bilis goreng tadi,Gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan gula.
  5. Bila dah cukup rasa, angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap

14 ulasan:

  1. sedapnya, feberet sy terung ni..yummy

    BalasPadam
  2. Salam kak..waduhh sedap bangat ni...hihikk sukaaa mkn...

    BalasPadam
  3. Rumah kakak pun selalu buat macam ini Yati cuma ikan bilis biasa kakak tumbuk kasar..

    BalasPadam
  4. haa..ni senang, kalo bagi en asbeen makan ni...mau berulang ni...

    BalasPadam
  5. Singgah pagi...
    Selera tgk lauk mcnie...

    BalasPadam
  6. memang sedap...lps tu pulak ada gelama masam yg digoreng garing..perghh..

    BalasPadam
  7. Walaupun saya tak makan terung, nampak sedap CH. Boleh juga ni saya cuba. HD boleh makan terungnya dan saya tukang habiskan ikan bilis :) Kami suami isteri kalau masak mesti ada portion masing-masing untuk dihabiskan!

    BalasPadam
  8. ini sayur kegemaran saya..selalu saya guna udang kering shj..:)

    BalasPadam
  9. sedap tu. betul-betul membuka selera. makan dengan nasi panas-panas

    BalasPadam
  10. anak2 kakak yg 4 org ni semua suka terung sampai tak tau maknya ni nak masak cmna lagi.Bagus juga resepi yang yatie share ni boleh kakak masakkan diorang nanti...kakak semua bedal je apa lagi pedas2 ni.

    BalasPadam
  11. sedap nih kak... walaupun simple tp membuka selera nih...

    BalasPadam
  12. Sedap...kak zai pun selalu masak macam ini,anak2 pun suka.

    BalasPadam
  13. Sedap...kak zai pun selalu masak macam ini,anak2 pun suka.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)