Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...
Buat onde-onde labu ni masa hari ahad tempohari, sebelum hantar kakak nabilah balik madrasah... teruja dia nak membuatnya..
"mama, labu ni kita beli 3 minggu lepas kan" tanya Nabilah..
"ye kakak, tapi tak sempat nak masak sebab kita dah tiap2 minggu balik kuang sejak uwan sakit" balas saya..
Projek buat ni pun lepas balik dari Kuang, lepas jaga mak di Kuang, pukul 5pm kami mula buat..
"sempat ke mama, kakak nak bawa kuih ni ke madrasah" tanya Nabilah..
"InshaAllah sempat, kuih ni senang ajer nak bua " jawap saya..
Saya kena juga buat takut busuk pula labu tu.. nanti terbuang , membazir pulak..
Jadi kak Nabilah yg menolong saya keseluruhan membuat onde-onde labu, dari menggentel hingga merebusnya..
"mama macam mana kita tahu dia dah masak" tanya kak nabilah
"bila kuih tu dah timbul di permukaan air rebus tu, masaklah dia" jawab saya
"Oohhh senang rupanyaaaa" kata kak nabilah
"Ada orang panggil onde-onde ni kuih lampung, selalunya org Negeri Sembilan lah sebab bila masak dia melampung naik keatas" cerita saya..
Pukul 6pm siap sudah onde-onde labu yg kami masak, boleh lah kakak nabilah bawa balik ke madrasah dan minum petang kami pada hari tu.
Petang tu en suami yg hantar kak nabilah balik madrasah sebab saya nak uruskan rumah dan gosok baju sekolah utk budak2 dua org tu pulak..
Jom kita intai resepi yg mudah dan segera dimakan ehe :)
RESEPI ONDE-ONDE LABU
Bahannya :-
- 2 cawan labu yg telah dikukus dan dilenyek
- 2 1/4 cawan tepung pulut
- 1 ketul gula Melaka - potong kecil dadu
- 1/2 biji kelapa parut yg putih - saya kukus sebentar utk tahan lama.
Caranya :-
- Lenyek labu yg telah di kukus hingga lumat.
- Gaulkan sebati dengan tepung pulut. Jika adunan keras boleh letak air sikit, tapi saya tak letak pun, elok aje semasa menggentel tu.
- Kemudian gentel buat bentuk bebola kecil, kemudian masukan gula melaka yg dipotong kecil dadu ditengahnya, lepas tu gentel semula sehingga kemas. Buat sehingga habis adunan.
- Jerang air dalam periuk bersama daun pandan, jika nak wangi hingga mendidih. Apabila air mendidih masukan adunan yg digentel bebola tadi . Angkat apabila ia sudah terapung.
- Akhir sekali golek-golekan atas kelapa parut tadi yg diletak sedikit garam
- Siap utk dihidang.
sedapnye...boleh cuba ni. belum pernah makan lagi
BalasPadamsedap ke
BalasPadamx pernah try
wahh sedapnya kak.. pernah makan jugak onde2 labu ni..tapi tak pernah cuba buat sendiri... nti boleh lah cuba ni..hehe
BalasPadamsinggah pagi...
BalasPadamwah!onde² labu...:)
Good idealah Yati.
BalasPadamKakak biasa buat dgn tepung pulut
Lain kali kakak cubalah.
Labu tahan lama Yati. Sebulan-dua pun tak rosak, asal aje jgn letak atas simen. Itu petua bapak kakak.
teringin nak buat, tapi takut tak menjadi....hahahhahahahha
BalasPadamKakak belum pernah buat, nanti anak kakak balik boleh buat ni.
BalasPadamsedapnya... tapi kalau beli selalunya hampeh.. nak buat sendiri xreti la pulak.. huhuhu
BalasPadamwww.e-starz.com / fariz2k.blogspot.com
Selalu buat onde onde tepung pulut. Kak zai simpan resepinya ya. Terima kasih yatie.
BalasPadamSaya pun lama sungguh simpan labu. Baru semalam ternampak dalam peti sejuk. Lepas potong, puas dok belek nak buat apa. Nak masak ke, nak buat pengat ke. Akhirnya ambil yang paling mudah ajelah ~ pengat labu. Kira dahsyatlah tu saya dapat buat pengat semalam. Rasa macam dapat masak beriani gam dengan segala lauk pauknyalah. Punyalah nampak tak kerap memasak di dapur ni :)
BalasPadam