Isnin, 27 April 2015

PENGAT PISANG CHA-CHA BERSAGU

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya. Aamiin.

Pengat pisang cha cha bersagu ni saya buat masa hari khamis lepas, saya puasa masa tu, utk berbuka puasa saya beli nasi ayam di Restoran Pak Mall jer.. petang tu dlm pukul 6.15pm, entah macam mana saya boleh layan blog.. tengok kat papan muka blog tu blogger Azatiesayang, tayang pengat pisang utk buka puasa, baca gak entrinya tu, dia dapat pengat pisang tu dari mak dia petang tu, jadi dia kata boleh lah dia buat berbuka puasa..
Lepas tu saya teringat ada dua biji pisang montel didapur, apa lagi terus saya teruja untuk buat pengat pisang utk buka puasa.. tengok dlm peti ais ada santan, pastu tepung cha-cha , gula melaka dan sagu pun ada.. apa lagi saya terus memulakan projek pengat pisang saya tu..
Alhamdulillah , dlm pukul 7.00pm masak lah pengat saya tu..
Bila saya didapur tu,
 Nabil pun bertanya "mama buat apa tu , sedap jer bau"
"Pengat pisang cha-cha bersagu" balas saya
"Ohh mama buat ye, lepas mama tengok blog kawan mama tu ye" sampuk najeeha..
Masa saya tengok blog tu najeeha ada, tentu dia terdengar saya cakap nak buat..
"Boleh rasa ke mama?" tanya Nabil
"Ha'ah , boleh, cuba rasa sikit kuah dia ni, manis ke tidak, nanti mama boleh tambah apa yg kurang" kata saya pada budak berdua tu. Apa lagi berebut lah mereka berdua merasa nya.. 
"Ok, mama semua nya sedap rasa" kata mereka berdua.
Saya senduk utk mereka semangkuk seorang.. menyudu mereka dengan gembiranya..
Bila saya buka puasa memang betul, semuanya sesedap rasa, tak manis sangat.. tak lemak sangat.


Pisang ni saya ambil 4 biji jer dari rumah mak masa hari ahad tu hari, masa tu adik saya tengah menyapu dihalaman dapur rumah mak tu..
Lepas tu dia dengar orang panggil "aka, aka"
Adik saya mendongak tengok keatas di balik tembok zink tu.. 
"Aka, itu pisang sudah masak lah aka, boleh kasi potong ka, ambik" tanya budak Bangla yg bekerja di car wash sebelah tu.. 
Adik saya tengok memang pisang tu ada dah masak kuning sesisir, kebetulan buah pisang tu menjuntai ke belah tembok zink di tempatnya.
"Okay, kamu kasi potong, kasi saya 2 sisir sudah, yg lain tu kamu ambil, makan" balas adik saya.
Budak bangla tu hantar 2 sisir utk kami, pastu mereka bergembira makan pisang yg dah masak tu..
Alhamdulillah, rezeki pisang yg ditanam oleh mak tu boleh di sedekah kan bersama, 
Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut".

Walaupun mak saya yg menanamnya tidak dapat memakan hasilnya kerana sakit, tapi mak dapat memanjangkan sedekahnya dengan hasil tanamannya (mak sekarang hanya minum susu melalui tiub sahaja, namun begitu, inshaAllah tidak lama lagi mungkin mak boleh menelan seperti biasa, sebab bila kakak saya sudukan air zam-zam ke mulutnya, elok saja mak menelannya)

Dan yakinlah, Allah itu Maha Perancang, Maha Penyayang. Jadi, usahlah berputus asa sekiranya hasil yg kita inginkan tidak kesampaian. Mungkin masanya bukan sekarang tetapi akan tiba atau boleh jadi ada sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita hajati.

Sekarang jom intai resepi pengat pisang cha-cha bersagu saya yg mudah ini..

RESEPI PENGAT PISANG CHA-CHA BERSAGU

Bahannya :-
  • 2 biji pisang montel
  • 3 sudu besar tepung cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan.
  • 3 sudu besar biji , cuci dan toskan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 ketul gula melaka (saya guna ketul yg sederhana tu, dimasak bersama  1cawan air, tapis kan)
  • 2 sudu besar gula 
  • 250 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Carannya :-
  1. Rebus sago bersama biji sago hingga 3/4 empok, masukan air gula melaka dan santan . Kacau sekata.
  2. Kemudian masuk tepung cha-cha yg direbus tadi bersama pisang .
  3. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa, mengikut kemanisan yg andai sukai, saya ni suka manis-manis buah jer, pastu masuk kan secubit garam, biar ada rasa lemak-lemak masin sikit.
  4. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan .


11 ulasan:

  1. sedapnya...suka sangat makan pengat tp kuahnya tak berapa manis..

    BalasPadam
  2. sedapnya kak..macam dah lama sy tak makan pengat pisang ni..hehe

    BalasPadam
  3. Moga siapa juga yg jaga mak diberi kesabaran yg tinggi. Doa kakak juga mog mak kuat dan tabah.

    Minggu lepas bapak kakak di rumah kakak Mak Zah pun buat pengat pisang+nangka+sagu biji - sedap Yati. Kakak tapi kalau manis-manis ni dpt semangkuk kecil pun payah nak habiskan. Bebudak mengaji juga yg habiskan.

    BalasPadam
  4. semalam baru makan kakak...mak saya rajin buat gini..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki yang ada dapat dipanjangkan. Semoga mak yatie cepat sembuh seperti sediakala.

    BalasPadam
  6. pengat pisang.....baru terasa nak makan minggu lepas. hujung minggu nie nak kena cari jugak lah

    BalasPadam
  7. dah lama x buat pengat pisang...anak2 tak berapa nk berkenan manis2 ni...

    BalasPadam
  8. Baru nak tanya khabar mak awak CH....Alhamdulilah kalau dah ada perubahan kan CH....Masih kat sepital ke?

    Lama tak buat pengat pisang. Teringin jugak nak buat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah hainom.. mak CH dah seminggu keluar hospital.. perkembangan nya dari sehari ke sehari semakin baik.. InshaAllah berterusan mak baik..

      Padam
  9. Kalau dah namanya rajinkan CH.... tengok blog, sementara menunggu nak berbuka puasa, sempat lagi buat. Jauh beza dengan saya :)

    Bubur pengat pisang ni memang saya suka. Ahah, yang ini saya pernah buat, baru aje lagi!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)