Isnin, 25 Mei 2015

AYAM PERCIK KUAH PUTIH KELANTAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya.. Aamiin


Saya buat ayam percik kuah putih kelantan ni pada hari sabtu lalu, ini lebihan ayam masak kari aroma serai tempohari. Saya terfikir kalau bahagian isi ni goreng macam tu jer , mesti susah nak laku, jadi saya pun cubalah buat ayam percik ni.. 
Maka dengan masakan ayam percik ini, tercapai lah misi saya untuk menggoda hati ahli keluarga saya.. kira resepi terlajak laris saya lah tengahari tu.. 
"mama rasa macam satay lah" kata Najeeha..
Sebab dia lah yg mula merasanya..
Nabil apa lagi, dengan teruja juga untuk mencuba "eemmmm memang sedap.. nak makan macam tu sajalah"
Ah sudah... suka hati nabil lah janji mama punya lauk habis dan tak membazirkan kekawan.. ehe :)

Saya ni biasalah , kalau nak cari resepi mesti yg mudah dan cepat dimakan.. google punya google dan selongkar berbagai resepi ternyata resepi blogger mamatisya yg senang bangat.. Mamatisya kata ini resepi turun temurun maknya.. wala wala memang sedap weiiii.. Terima kasih ye mamatisya..
Kuah putih ni tak pedas kekawan.. oleh kerana saya ni nak juga rasa kepedasan, lemak-lemak manis saya potong cili padi semasa penyediaan kuahnya.. kena ikut tekak kita juga kan kekawan , nanti tiada nak makan susahlah pulak ehe :)

Jom jom kita tengok resepi mudah ni .... tapi ni versi saya lah ye kekawan.. kalau nak resepi macam mamatisya .. boleh terjah blognya .

RESEPI AYAM PERCIK KUAH PUTIH KELANTAN 

Bahannya :-
  • 300 gram isi ayam
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 batang serai*(hiris nipis)
  • 1 inci halia*(kisar bahan *)
  • asam jawa dan belacan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 250grm santan pekat.. Boleh guna santan kotak
  • garam/gula
Cara buat kuah putih :
  1. Tuang bahan kisar bersama santan didalam periuk, apabila kuah hampir mendidih, masukan 1 sudu besar tepung gandum, (untuk memekatkan kuah).
  2. Kemudian apabila dah sebati tu masukan sedikit asam jawa, gula, cili padi dan garam secukup rasa.
  3. Okey siap kuah
Cara perap dan panggang :
  1. Ayam hendaklah diperap terlebih dahulu dengan 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 batang serai dan kisar semuanya, kemudian gaulkan bersama ayam , letak garam dan kunyit secukupnya.
  2. Untuk memanggangnya, saya guna pemanggang ajaib tulah kan : ) Bakar hingga ayam masak dan lembut serta nampak kekuningan tu.
  3. Kemudian tuang sedikit demi sedikit kuah putih ke atas ayam bakar tadi.
  4. Biarkan seketika , dan bila nampak dah bersalut kuah ayam dengan ayam bakar tu, bolehlah diangkat.
  5. Siap utk dihidang dan dimakan ehe :)

18 ulasan:

  1. wah dh cuba ye..mmg aritu nk masak jugak ayam percik style klate sbb lama tk buat tp tk jd buat jugak...tp kalo bln puasa mmg wajib buat ..kalo bln puasa 2-3kali gk menu ayam percik ni

    BalasPadam
  2. Senang rupanya...
    simpan resepi utk bln puasa...:)

    BalasPadam
  3. saya pon selalu buat..dah nama pon ore kelate..xpuas kalau makan ayam percik kuah kacang tu..hihihi

    BalasPadam
  4. ayam percik kuah putih ni orang kelantan punya resepi kan..

    nak bulan puasa ni shujin saya suka lah ayam percik macam ni..

    BalasPadam
  5. Singgah pagi...
    nie nak kena try nie...

    BalasPadam
  6. Nampak gaya kalau kakak nak rasa kena tunggu ramadhanlah Yati
    Bulan ramadhan biasa tempat kakak ada org jual ni.
    Kakak nak buat ni kena tunggul moodlah jawabnya:)

    BalasPadam
  7. selain ayam, ada juga yg guna ikan kembung kan? ikan keli...sebab saya baru je makan ikan kembung percik macam ni hari Jumaat lepas...hihih

    BalasPadam
  8. Kalau Ma biasa dia masak ayam tu 2-3 kali jugak.
    Siram.. bakar.. siram.. bakar..
    Sekor ayam pun syok layan meratah kalau kuah percik putih ni.

    BalasPadam
  9. dana suke bt ayam percik kelantan nih walaupun diri sendiri asal johor...
    jatuh cinta ngn ayam percik kelantan nih... tp dana bt tak putih sgt mcm akak... ada color merah2 gitu...

    BalasPadam
  10. Sedap plak nengoknyaa.. nyummy..

    Epy Besday to u 2.. :)

    BalasPadam
  11. tak pernah rasa ayam percik ada kuah santan..terima kasih berkongsi resepi... :)
    bulan puasa boleh cuba buat ni....

    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Bulan puasa nanti nak cuba resepi ni kat dapur saya, tapi itu pun bergantung kepada perkenan Puan Isteri, huhuhuhu...

    BalasPadam
  13. Ayam tu kena potong kecik kecik cenggitu ke CH? Patutlah si Najeeha ckp mcm satay

    BalasPadam
  14. Saya pun suka ayam percik tapi taklah yang kuah putih macam ni. Taulah tekak Melayu saya kalau dah on modenya mesti nak yang pedas-pedas!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)