Assalamualaikum kekawan..
Bila melihat video tangisan airmata anak kecil ini.. Airmata saya juga jatuh berguguran.. masih lagi ada ceritanya di Facebook .. Aduh sungguh menyayat hati..
Marilah kita menghulur bantuan semampu kita.. Nombor akaun bapa saudaranya ada dibawah..
Klik disini lihat video ini..
Bagi keluarga mangsa, tidak mudah untuk menerima berita tiga insan tersayang hilang sekelip mata lebih-lebih lagi salah seorang mangsa adalah tunggak harapan keluarga.
Bagi Normah Toso, biar hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang menimpa anak, menantu dan cucunya.
Tangisan, Nur Firuza Amira berusia 7 tahun, yang kehilangan bapanya - menyambut kedatangan krew kami yang tiba di kediaman keluarga ini di Batu Caves, Selangor siang tadi.
Namun, adiknya, Nur Firuza Aqila, empat tahun kelihatan hanya berdiam diri, mungkin kerana masih belum mengerti nasib yang menimpa ibu bapa serta adik perempuannya.
Orang ramai boleh menyalurkan Bantuan untuk dua anak mangsa menerusi akaun bank tertera.
MUHAMMAD FAIZZNUR HUSAIN
AKAUN MAYBANK : 1647-9919-0478
AKAUN MAYBANK : 1647-9919-0478
sangat sedih
BalasPadamsedihkan kakak...saya asik tgk perkembangan berita ni kat TV...sebak je rasa dada ni
BalasPadamsedih sgt kak..falsya start dari hari accident tuh, smp skang nie mmg emosi terganggu betul...;(
BalasPadamSedih sangat². Sekelip mata jadi yatim piatu.
BalasPadamMalang betul,, yang sabar ya,,,
BalasPadamObat Penyakit Ginjal Kronis
Tak tahu nak kata apa memang sedih tiba2 aje hilang tempat bergantung.
BalasPadamacik pun sama yatie..sedih tengok video budah yang kehilangan ibubapa ni
BalasPadamLencun dah bucu baju..
BalasPadamSemoga dapat kita ambik iktibar dari kejadian ini..
Innalillahi wa'innalillahi rajiun..
aruwah jiran kawan saya..memang sedih bila tgk video nie..
BalasPadamtak sanggup rasanya nak menatap wajah anak kecil tersebut
BalasPadammemang sedih dengan kejadian tersebut. moga menjadi iktibar kpd anak muda di luar sana..memandulah dgn mengikut peraturan.kesannya menghantui sepanjang hidup pelakunya..
BalasPadamsy tengok berita yg ditayang sedikit saja tangisan anak kecil ni, berderai juga air mata..
BalasPadammemang tak dapat nak menahan2 airmata apatah lagi bila melihat si kecil itu menangis.
BalasPadamKakak rasalah Yati ramai yg mengalirkan airmata dgn insiden ini. Anak kakak tak sudah asyik cerita hal ini. Memang sedih sebab kematiannya sgt tragis. Siapa tak sedih dan marah pada mereka yg katanya tak sengaja tapi kenapa nak buat kerja gila racing on the road gitu kan.. geram!
BalasPadamsedihnya...terimalah hakikat kehidupan asam garam.
BalasPadamada manis ada pahit semua tu berhikmah
Kita tak tau apa yang akan jadi esok. Hari ini kita baca berita orang, mungkin esok lusa orang pula baca berita tentang kita. Semoga kita sentiasa dilindungiNya, imsyallah...
BalasPadamSyukur masih lagi ada tempat bergantung.... Apa pun manalah sama dgn emak ayah sendiri huhu....
BalasPadamSedihkan CH...
memang menyedihkan kak kes ni..sekelip mata anak2 ni jadi yatim piatu...tak dpt bayangkan mereka membesar tanpa kasig syg ibu & bapa...:(:(
BalasPadamsepuluh kali tgk gambar2 mereka, sepuluh kali lah air mata ni tumpah...
BalasPadamAl fatihah utk arwah ibu bapa dan baby mereka...
tak sampai hati nak tengok video diaorg ni...sedih..
BalasPadamTak sanggup saya nak tengok banyak kali. Sekali itu cukuplah. Tak tahan sebak di hati apatah lagi bila si anak asyik merengek panggil ayahnya. Oh, tak sanggup saya!
BalasPadam