Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat.. semoga kita beroleh keberkatan dari Allah..
Dikongsi dari wasap group.. semoga bermanfaat ..
Kisah Siak Masjid
Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal. Ahmad ini cerdik dan pintar. Tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zainal adalah seorang yg biasa2 saja.
Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor tandas sebuah masjid megah dgn infrastruktur yg cantik, yg memiliki sisipandang pergunungan serta kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempersona.
Zainal, sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim yang mukmin.
Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah dimasjid dimana yg ia singgahi. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. Jika masih dapat waktu yg diperbolehkan solat sunnah, maka ia akan solat sunnah juga sebagai tambahan.
Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid. , dan bergegas masuk masjid yg ditemui.
Di sanalah dia ditemukan dgn Ahmad. Cukup terperanjatlah Zainal. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya mashaallah luarr biasa.
Zainal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid..!
“Maaf,” “Kamu Ahmad kan? Ahmad kawan SMP saya dulu?”.
"Ya saya" jawap Ahmad.
Lalu berpelukanlah mereka.
“hebat sekali Kamu ya zainal… maShaallah…”.
puji Ahmad saat melihat Zainal yang segak bergaya Korporatnya. Lengan yg digulungnya untuk mengambil wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Ah, biasa saja…”.balas Zainal
Zainal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain mop. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar terlihat jelas.
“Mad… Ini kad nama saya…”.
Ahmad melihat. “Pengarah Urusan…”. Wahh, hebat."
“Mad, nanti habis saya solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf…”. Tegas Zainal.
Ahmad tersenyum. Ia mengangguk. “Terima kasih ya.. Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun menyelesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silakan ya " balas Ahmad.
Sambil wudhu, Zainal tidak habis berfikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sbgai siak di masjid. Ya, meskipun tidak menjadi kesalahan pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu memahamkan situasi Ahmad.
Air wudhu membasahi wajahnya…
Sekali lagi Zainal melewati Ahmad yg sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.
Tanpa sedar, ada yg solat di belakang Zainal. Sama2 solat sunat agaknya.
Ya, Zainal sudah solat fardhu di masjid sebelumnya.
Zainal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.
Zainal menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbicara dgn Ahmad.
“Encik,” tiba2 anak muda yg solat dibelakangnya menegur.
“Iya dik..?”
“Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”
“Haji Ahmad yang mana…?”
“Itu, yg Encik bersembang tadi…”
“Oh… Ahmad… Iya. Kenal. Kawan saya dulu di SMP. sudah haji dia?”
“Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.
Kata adik itu cukup mengejutkan. Tapi cukup menampar hatinya Zainal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…
Anak muda ini kemudian menambah, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Saya lah yg siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mahu solat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau... Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Iaitu gemar menggantikan posisi saya. Kerana suara saya bagus, kadang2 saya disuruh mengaji saja dan azan…”. tambah anak muda itu.
terdiam Zainal, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya…
*****
Bagaimana menurut kita ?
Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita memberitahu posisi kita siapa yg sebenarnya.
Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid, maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yg membangun masjid ini.
Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa2. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya...
MashaAllah
(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikan2nya, spt ia menyembunyikan keburukan2nya)
-Tazkiyatun Nafs)
Alhamdulilah kakak dapat pengajaran dari cerita yatie ini...
BalasPadamByk pengajaran yg di perolehi kak.. tq sharing..selamat bercuti..
BalasPadamBetul tu, CH. Kalau kita ni bila orang tersilap sangka 'darjat' kurang dari sepatutnya, memang cepat-cepat nak memperbetulkannya sebab malulah. Insaf saya membaca kisah ini.
BalasPadam