Jumaat, 12 Jun 2015

4 KISAH DALAM SURAH KAHFI... JOM BACA ^___^


Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg ceria.. Jom kita baca surah Kahfi di petang Jumaat ni.. Perkongsian dari sahabat di FB, rasa terkesan pulak dihati saya.. Semoga memberi manfaat buat kita semua..




Alhamdulillah. Jumaat terakhir sebelum kehadiran Ramadan. Jangan lupa membaca Surah Kahfi.
Kenapa?
Kerana ia mengingatkan kita semua tentang kehadiran Dajjal melalui 4 ujian penting kepada kita.
Ada 4 kisah dalam Surah Kahfi.
1. Kisah pemuda yang lari dari kaumnya yang tidak percaya kepada Allah dan masuk ke gua. Kemudian bila mereka kembali setelah tidur beratus tahun, seluruh penduduk negerinya telah beriman. UJIAN KEIMANAN.
2. Kisah 2 orang pemilik kebun. Sebab kesuburan kebunnya, beliau jadi bangga hingga lupa semua itu Allah yang beri. Kemudian Allah binasakan kebunnya. Dia menyesal tapi dah terlambat. UJIAN KESENANGAN.
3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa rasa dia yang paling tinggi ilmunya. Tapi Allah bagitau ada lagi hambaNya yang lebih mengetahui iaitu Nabi Khidir yang mengetahui masa hadapan. UJIAN ILMU.
4. Kisah Zulkarnain. Seorang raja yang diberikan pengetahuan dan kekuatan untuk mengelilingi dunia dan membantu orang lain. Beliau membantu mengekang Yakjud & Makjud daripada manusia dengan membina pengadang. UJIAN KEKUASAAN.
Ujian-ujian dalam kisah Surah Kahfi ini memberikan pengajaran serta membantu kita menghadapi fitnah Dajjal dan ujian lain yang diberikan Allah kepada kita di dunia ini. Wallahua'lam.

2 ulasan:

  1. terima kasih untuk perkongsian

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi ilmu macam biasa, CH. Sesekali dapat timba ilmu begini banyak kebaikannya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)