Selasa, 2 Jun 2015

Dah 20 TAHUN.. rupanya ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..


Ini kad kerja saya sekarang.. masa ni saya punyalah bambam.. tengok dagu tu pun dah tahu.. berlapis dua kan :)

Hari ini dalam sejarah saya bekerja hehehe ... diam tak diam dah 20 tahun saya sudah bekerja di Lembaga Zakat Selangor.. 2/6/1995 hingga 2/6/2015. Mengapa saya masuk 2 hb ye.. seingat saya masa 1/6 tu adalah cuti awal Muharam, jadi saya kena melaporkan diri pada keesokan harinya bersamaan hari selasa.
Pada masa saya mula bekerja disini ianya dikenali dengan nama Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIS) beroperasi di Seksyen 14 Petaling Jaya. Pada masa ini lah saya mula belajar hidup berdikari, tinggal dirumah sewa.. Boleh pulak saya homesick.. teringat keluarga.. lebih-lebih lagi mak saya ehe.. Sebelum ini saya bekerja dekat dengan rumah, jadi tak adalah berjauhan dari mak.. Sebulan saya tinggal dirumah sewa di Seksyen 14 PJ tu.. sebab susah perkhidmatan bas, kena jalan kaki jauh baru sampai ke tempat bas yg lalu untuk ke tempat kerja saya tu.. dah tu kena lalu tempat perumahan cina, banyak lah adengan saya kena kejar anjing huhuhu.. lepas tu saya menyewa pulak di Sentul KL, walaupun kena naik dua bas tapi saya gembira.. ingat masa tu bekejaran menaiki bas mini wilayah warna pink tu.. dua tahun saya berulang alik ke tempat kerja ni..

Selepas tu tahun 1996 tukar pulak nama dari PPZ (MAIS) kepada Pusat Zakat Selangor (MAIS) ini untuk membezakan antara PPZ (MAIWP) tu. Pada tahun 1997 ibu pejabat berpindah ke Shah Alam di Seksyen 9, saya pun pindah rumah sewa ke Shah Alam, dapat rumah sewa di Seksyen 10, punya lah dekat dengan tempat kerja , pergi kerja jalan kaki sahaja.. lagi 15 minit nak masuk kerja baru keluar rumah.. best sangat tak lah lagi bekejaran untuk mendapatkan bas ~_^ ..

Kemudian pada tahun 2000, ibu pejabat berpindah lagi di Kompleks MAIS, Klang.. aduh jenuh lagi saya mencari rumah sewa.. dah mula lagi saya bekejaran dengan bas.. disini bas susah sangat pagi2 hari.. jadi saya selalu tumpang bas kilang hahaha.. nasib baik driver tu sporting.. kalau tunggu bas biasa tu.. alamat punch kad saya selalu merah.. 

Lagi sekali pada tahun 2004 ibu pejabat berpindah ke Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam berdekatan dengan Masjid Negeri Selangor tu.. Masa ni saya dah kahwin ada seorang anak Nabilah dan sedang mengandung Najeeha.. aduh cari lagi rumah sewa.. masa ni rumah sewa dah mula mahal.. jadi kena beli rumah sendiri.. Alhamdulillah dapat lah beli rumah yg duduk sekarang ni..

Pada tahun 2006, Pusat Zakat Selangor (MAIS) bertukar nama kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS), dan masih lagi beroperasi di bangunan lama, pada tahun 2010 kami berpindah lagi ke Bangunan Zakat Selangor yakni bangunan sendiri di Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2 Seksyen 13 Shah Alam.

Selama 20 tahun saya berkhidmat dah lima tempat saya berpindah randah ehe :)
Pada awal saya masuk kerja hanya ada 15 orang kakitangan sahaja.. tengok lah nombor kakitangan saya 011.. sekarang sudah ada 400++ orang kakitangan. Saya bermula dengan jawatan sebagai Penyelia Kewangan , sekarang jawatan saya sebagai Pengurus.. sampai pencen kot .. ye lah umur pun dah kilauan emas kan.

Dalam 20 tahun berkhidmat paling lama saya di Pejabat Kewangan.. hampir 13 tahun disitu.. sebelum saya minta bertukar angin untuk ke Pejabat Agihan Zakat... di Pejabat Agihan saya amat seronok sekali.. kerja agihan ini banyak berjumpa asnaf fakir miskin.. lebih membuat kan saya lebih insaf.. kalau kita rasa kita susah tetapi ada lagi orang yg lebih susah dari kita diluar sana.. di Agihan ini saya kerja selama 6 tahun +++.. sebelum saya bertukar angin ke tempat baru ni pada bulan Februari 2015 di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif  di Sektor Call Centre.. sektor baru yg diwujudkan.. saya mengambil sebagai cabaran untuk saya memberi khidmat saya kepada LZS dan ummah hendaknya..

Bila dah lama bekerja ni banyak ragam yg kita jumpai.. dan banyak kali bertukar ketua.. Semua itu pengalaman dalam hidupkan..
Saya berharap biarlah kerja saya ini menjadi ibadah dan menjadi manfaat semua.. saya sayangkan kerja saya ini, kerana ini lah jawatan yg tertulis didalam al quran.. Asnaf Amil zakat..



20 ulasan:

  1. tahniah kak yati..telah berkhidmat selama 20 tahun..satu jangka masa yang sangat lama..dan bermacam-macam pengalaman akak tempuh kan..
    tahniah sekali lagi atas jawatan akak tu..tak sia-sia berkhidmat selama 20 tahun..

    BalasPadam
  2. tahniah dan alhamdulillah berjaya menempuh berbagai cabaran kerja....

    BalasPadam
  3. alhamdullilah sedar x sedar kan

    BalasPadam
  4. Singgah pagi...
    Tidak semua orang mendapat pengalaman yang sama...
    setiap pengalaman yang kita dapat tuh...kdg² byk mendekatkan kita dengan Allah..:)

    BalasPadam
  5. tahniah kak, 20thn bertahan di situ, msti ada sbb selama itu akak boleh setia kt sana kan....
    tp skrg masa cpt berlalu kan kak, rasa masa mule2 keje lum kawin, sedar2 dh nk bt kenduri kawin anak...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah kejap je masa berlalu kan kakak

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Yati..acik dah 35 tahun kerja pun 5 kali bertukar tempat juga..4 kali dalam selangor..last sementera menunggu bersara di Negeri Sembilan

    BalasPadam
  8. hehehe....LZS rupanya. Semoga Allah memberkati pekerjaan Puan & dan di murahkan rezeki.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... kalau anak dah besar macam anak dara sulung kakak Yati.
    Tapi dlm hal kerja semakin matang dlm menangani apa jua kerja yg ada depan mata
    Tahniah dari kakak.

    BalasPadam
  10. Bila baca ni baru nk kira makchaq dah berapa tahun.. dah 30 tahun rupanya.. ada jugak pengalaman menyewa, naik bas mini, jalan kaki ke tempat kerja... semua tu memang pengalaman..
    La ni kira dah settle.. tunggu pencen ja..

    Ps.. makchaq dah buat daging dendeng resepi yati..sedap..

    BalasPadam
  11. Lama tu...dah 20 tahun...Tahniah..
    Moga terus cemerlang dalam perkhidmatan.

    Tumpang bas kilang tu yang sangat memori indah..kan? hahaha

    BalasPadam
  12. Tahniah dan alhamdulillah dah berhidmat selama 20 tahun. Banyak pengalaman yang yatie tempohi.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah..dh 20 tahun dh..lamanye..

    BalasPadam
  14. Lama tu dah berkhidmat..20tahun bukan satu jangka masa yg pendek.

    BalasPadam
  15. saya di tingkatan 5 pada tahun 1995..tahniah kak dah lama berkhidmat tu

    BalasPadam
  16. lamanyer kak.... byk betul berpindah randah rmh hingga ke jabatan.... semoga rezeki kita sentiasa diberkati Allah Taala..... amin..

    BalasPadam
  17. lamanyer kak.... byk betul berpindah randah rmh hingga ke jabatan.... semoga rezeki kita sentiasa diberkati Allah Taala..... amin..

    BalasPadam
  18. Tahniah CH kerana setia bersama LZS......diam tak diam dah 20 tahun ..... walaupun banyak rintangan yg dilalui pada mulanya tapi kebahagiaan yg dikecapi akhirnya ..... indahnya percaturan Allah kan CH ......

    BalasPadam
  19. 20 thn tu dah jump mcm2 perangai staff kan ... 1995 , sedang congak2 ni . mcm lbh krg je umur ...

    BalasPadam
  20. 20 tahun tu lama juga, CH. Walaupun katanya masa berlalu pantas. Tahniah buat CH. Kekal di tempat kerja sekarang. Bukan mudah tu. Saya pun dah masuk belas tahun di tempat yang sama. Mungkin sampai dah tak nak kerja pun di sinilah pengakhirannya. Malas dah nak cari kerja baru lagi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)