Isnin, 8 Jun 2015

Sayangi ANAK-ANAK Kita ^___^

Assalamulaikum kekawan..
Salam petang yg ceria.. Dikongsi dari wasap group.. semoga bermanfaat..




Assalamualaikum..

Sikit info cara uruskan anak2..banyak lg saya perlu belajar..ni saya copy dr group utk kita sama2 dapat manfaatnya..
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali: "Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan: "Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: "tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

10 ulasan:

  1. Info yang menarik...semoga bersama mendapat manfaat..

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian ini kak...

    BalasPadam
  3. singgah pagi
    sory hr nie x de mood nak BW, demam x baik lagi ..
    office sejuk beku... hehe

    BalasPadam
  4. tq for sharing dear..
    sesungguhnya ank harta paling beharga

    BalasPadam
  5. insyaAllah kak..tq coz kongsi..;)

    BalasPadam
  6. terima kasih ats perkongsian.. jemput join 1st GA dari saya : )

    http://murnialysa.blogspot.com/2015/06/1st-giveaway-by-murni-alysa.html

    BalasPadam
  7. nice sharing.. doakan sy utk beroleh zuriat ye :')

    BalasPadam
  8. perkongsian yang menarik..sama2 kita berubah menjadi ibu bapa yg lebih baik

    BalasPadam
  9. Bagus panduan ni, boleh dipraktikkan. Saya dengan anak-anak bab bermain tu yang penat sikit melayan mereka. Time kita sibuk mereka nak ajak main. Time kita rileks, tak seorang pun teringat nak main dengan Mommynya!

    BalasPadam
  10. Tengok tips ni...rasa mcm ibu mithalilah sangat ....rasa malu pada diri sendiri.

    Tak mampu nak didik anak lembut cenggitu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)