Selasa, 7 Julai 2015

BISKUT JEJARI NESTUM

Assalamualaikum kekawan...
Selamat petang yg ceria..
Dah banyak buat biskut ke utk raya tahun ni..
Saya ingat nak buat dlm 6 jenis kuih sudah...
bagi memenuh 6 bekas balang kuih tu kan..



BISKUT JEJARI NESTUM SUSU-KUIH RAYA 2015
Bahan-Bahan: Emotikon smile
================================================
Bahan A
250 gm buttercup
¾ cwn gula aicing
2 cawan nestum
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum
Bahan B
Gula aising secukupnya
Susu tepung secukupnya
================================================
Cara penyediaan Emotikon smile
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan nestum, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan seperti jejari atau bentuk ikut suka. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 10 - 15 minit.
4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan Bahan B
Nota:Sy menggunakan susu tepung Everyday atau kalian boleh juga menggunakan susu tepung Dutch Lady Madu
================================================
Dikongsi Oleh: HaiDa RifQi
Sumber: https://www.facebook.com/haida.rifqi
================================================

11 ulasan:

  1. senang je nak buat.. thx for the recipe ;)

    BalasPadam
  2. yg ni sedap...sy poun ingat kena cukupkan 6balang jugak..padahal kt rumah tu takde pun org ndok mai bergaya.haha

    BalasPadam
  3. saya tak buat apa pun lagi..baju raya pun tak beli..ntah lah..mood nak beraya langsung takde..

    BalasPadam
  4. Isteri saya dah mula buat kuih pelan2 pd hujung minggu, minggu depan baru dia nak mulakan operasi buat kuih besar-besaran...

    BalasPadam
  5. kami separuh tunjuk, separuh buat. hujung minggu nie baru wife nak start bertukang kat dapur

    BalasPadam
  6. nmpak sedap kak... dana mmg tak rajin nk bt2 sekut hehehe tau oder je ngn adik2

    BalasPadam
  7. Nampak macam sedap tapi saya ni dah bertahun tak buat kuih raya sendiri, CH. Semuanya main tunjuk di kedai aje...

    BalasPadam
  8. Biskut ni sgt sdp, rugi Klau tak cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)