Rabu, 22 Julai 2015

HIDANGAN HARI RAYA DIRUMAH MERTUA... eemmmm sedapnya

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik..
Tentu ada yg baru mula bekerja hari ini kan, sama dengan mula sekolah anak2.. saya dah mula kerja pada hari Isnin dan anak2 pula mula bersekolah Isnin depan.. sekarang tinggal dengan abahnya dirumah yg masih lagi cuti..

Ketupat - hidangan yg wajib ada bila beraya dirumah mertua saya ni.. tengok FIL saya siap pakai rayban lagi .. yg menganyam daun ketupat tu saya punya part.. ada lah dalam 100 biji lebih saya menganyam sarung ketupat tu .. part mengisi beras dalam sarung tu FIL saya, saya takut nanti terkeras pulak.. tapi kena belajar juga kan.. part utk merebus ketupat adik ipar lelaki dan en suami saya..


Rendang Ayam Kampung Dengan Pucuk Maman - bila saya berkahwin dengan en suami baru lah saya merasa dan tahu rendang dengan maman ni.. memang sedap kekawan.. di Negeri Sembilan ni rendang ni amat popular.. rasanya ada pahit2 sikit.. saya suka.. tapi biras saya ada yg tak suka.. Rendang ni di masak oleh Kak Long kakak ipar saya dan adik ipar perempuan saya.. ada pembahagian memasak bila menyediakannya.. seronok bila part masing2 dah siap..


Sup Tulang Gear Box - Ini juga dimasak oleh en suami dan adik ipar yg bongsu.. 


Wajik Durian - kegemaran FIL saya.. saya pun suka wajik.. teringat pulak wajik durian mak selalu buat.. :( 
Ini FIL nak buat sendiri, mak cik hanya kukus pulut ajer.. yg menyediakan FIL sepenuhnya..

Asam Pedas Daging Tetel - ini request en suami pada raya ke dua.. dengan gigihnya isteri mithali ni menyediakan.. hahaha jangan ada yg muntah ijou ye :D
Keluarga FIL besar jadi kena sediakan seperiuk besar juga.. yg bestnya masak guna dapur kayu.. menyedapkan lagi masakan tu.. bagi saya lah tu kan..

Serawa Durian - Sekarang ni tengah musim durian kan kekawan.. jadi saya pun buat lah untuk hidangan hari raya makan dengan pulut dan roti.. 

Hidangan hari raya kekawan apa yg istimewa ye :)

16 ulasan:

  1. wahhh semua nampak sedap2 kan
    tak pernah try pucuk maman tu tapi selalu dengar2 org ckp sedap

    BalasPadam
  2. asam pedas tetel tu yg xtahan nengok...feveret......

    BalasPadam
  3. saya biasa mkn jeruk jer pucuk maman..sedappp menu raya

    BalasPadam
  4. Rendang ayam kampung dengan pucuk maman? Dengar pun dah terliur, apa lagi jika berpeluang masuk mulut....
    Apa pun, salam Eidul Fitri buat Yati dan famili...

    BalasPadam
  5. teringin pula nak rasa rendang dengan pucuk maman tu.. sejak berdunia sosial ni byk tahu tentang masakan istimewa daerah dan negeri lain.. semua mengecurkan air liur.. hihi..

    selamat hari raya buatmu sekeluarga..

    BalasPadam
  6. meriah..meriah sungguh hidangan tu CH..naik lapar la pulak perut tgk serawa durian..sedapp

    BalasPadam
  7. salam aidilfitri maaf zahir batin,
    hidangan hariraya yg meriah dan sedap semuanya ;p

    BalasPadam
  8. terasa meriahnyer... dulu memang guna kayu api masak sekarangni tidak lagi... semuapun nak cepatjer... dulu2 masak lemang sama2 sekarang main orderjer.. dah tak best tapi nak buat camner...
    rendang maman tak penah rasa tapi orang kampung akak suka makan maman jeruk... alamak best sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maman jeruk tu macam mana Cho Zilla..
      Orang utara dan kelantan maman ni buat jeruk ye Cho Zilla..

      Padam
  9. Kami datang beraya! :D:D
    SEdapnya kak... banyak betul hidangan tradisi, rendang ngan pucuk maman tu tak pernah pulak saya rasa lagi, tapi rasanya saya mesti suka sebab saya suka sangat ulaman pahit2 ni :D

    BalasPadam
  10. selamat hari raya yatie..
    kakak pucuk maman pun tak kenal ...hihiii
    kakak masak ketupat pun guna dapur kayu ...Iman yang beria sangat nak tengok ,udahnya kita yang teruk pedih mata meniup api dengan kayu basah dek kena hujan haritu.

    BalasPadam
  11. Wow meletopnya FIL awak CH, siap berayban hihi....
    Seronok kalau dah ada pembahagian tugas memasak cenggitukan CH...Senang kita pun tak binging nak buat. Yg pasti tau sapa masak paling sedap haha....
    Kat Muar....biasalah CH.... lontong jerlah... tak de yang istimewa pun. Biasa biasa aje

    BalasPadam
  12. meriahnya hidangan.. sedap2 semuanya..
    raya tahun ni kat penang dapat makan ketupat palas tempah..
    x feel macam tok buat.. tapi tok da x larat.. huurm..

    BalasPadam
  13. bestnya FIL pandai masak... dan semua family ambil part masing2..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)