Jumaat, 31 Julai 2015

RENUNGAN :: KAMU SEMBAHYANG LIMA WATU TETAPI......

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari wasap group semoga memberi manfaat kepada kita semua.. 







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Jumaat , 15 Syawal 1436H

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu tidak bersyukur padanya... ... kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya...tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman - temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redho dengan apa yang ada di sisi kamu itu. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu. 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan? 
Kamu sembahyang lima waktu tetapi...
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuatamal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". 
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Wallahualam... ^^
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

4 ulasan:

  1. Bersama kita renungkan sejuah mana diri kita ini Yati
    Kadang dalam solat itupun masih ingat dapurlah, ingat anak punya homeworklah (kakaklah tu). Bila tersedar patahkah balik kekhusyukan. Memang tipis benar iman kalau tak dijaga betul-betul..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian & untuk peringatan bersama

    BalasPadam
  3. terima kasih diatas perkongsian & ingatan ini

    BalasPadam
  4. Jazakillahu khairan kasiiroo Nur Hayati.
    - jangan mencuri dalam solat.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)