Rabu, 15 Julai 2015

Salam Lebaran Di Aidil Fitri..



Assalamualaikum kekawan semua, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi.
Dikesempatan ini saya memohon kemaafan buat kekawan blog saya, jika ada tutur kata semasa memberi komen yg menyinggung perasaan kekawan semua..
Tahun ini lembaran aidilfitri disambut sederhana saja.. kehilangan abah masih lagi buat diri ini berduka cita :(
Tambahan pula dengan keadaan mak yg tidak sihat ini ..
Redha dan sabar dengan ujian ini..

Mak masuk semula kehospital, atas masalah yg sama, tidak lawas membuang air kecil menyebabkan sebelah badan kanan mak menjadi sembab, semalam saya pergi melawat mak dihospital, ingatkan mak boleh discaj, setelah tiga hari dihospital, rupanya doktor tak benarkan sebab keadaan mak hanya sikit sahaja turun sembabnya.

Saya berharap sgt mak dpt keluar sebelum hari raya, kesian mak beraya di hospital.

Tahun ni giliran beraya dirumah en suami, sebelum pulang dari hospital saya pun memohon maaf drpd mak, mula lah drama airmata saya ni, sedih yg amat sgt.. pilunya hingga menusuk ke jiwa saya, inilah kali yg amat berbeza berbanding memohon maaf di pagi raya. Setiap kali airmata ini mengalir, cepat-cepat saya memandang ketempat lain, saya tak mahu mak melihat saya menangis :(

Ya Allah , ampuni lah dosa-dosa kami..
Berilah kesembuhan yg segera buat ibu kami..
Ya Allah, ibu kami ibu yg sangat baik..
Janganlah ditinggalkan kesakitan yg berpanjangan buat ibu kami..
Kasihanilah ibu kami sebagaimana ibu kami mengasihani kami semasa kecil..
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha mengasihani dan Maha penyayang.
Aamiin ya Rabb.


11 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    BalasPadam
  2. Moga mak k.Yati cepat sembuh hendakNYA..
    Selamat menyambut hari raya buat akak dan keluarga.

    BalasPadam
  3. Salam Lebaran T..semoga ko terus bersabar dan tabah..ujian Allah pada ko hari raya ni..

    BalasPadam
  4. selamat hari raya kak...maaf zahir dan batin...

    BalasPadam
  5. Sayu hati kakak Yati. Teruskan berdoa yg penting moga mak kuat, tabah dan selesa tak kisahlah walau dimana. Kakak doakan dari jauh.

    Dikesempatan ini juga maaf zahir batin dari kakak buat Yati dan keluarga.

    BalasPadam
  6. Semoga mak kak cepat sembuh...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri...

    BalasPadam
  7. Allahuakhbar... moga mak kak cepat sembuh dan di beri kesihatan seperti sebelum2 ni amin... salam AIDILFITRI dari nommylina.. moga terus tabah untuk anak yg terbaik ..amin..

    BalasPadam
  8. Pak sedara Pak Jilap pun kena stroke jugak CH...tangan dan kakinya yg kena stroke tu pun agak sembab jugaklah.....
    Moga mak cepat sembuh yer CH...
    Biasalah Hari Raya kalau mintak maaf confirm sayu ek

    BalasPadam
  9. Pak sedara Pak Jilap pun kena stroke jugak CH...tangan dan kakinya yg kena stroke tu pun agak sembab jugaklah.....
    Moga mak cepat sembuh yer CH...
    Biasalah Hari Raya kalau mintak maaf confirm sayu ek

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)