Sabtu, 22 Ogos 2015

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kta semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Cuti hujung minggu ni buat apa kekawan.. saya teringin pula nak buat kek ni..
Nampak sedap sangat.. Apa lagi sekodeng FB lah , kawan post di wall nya.. saya pun save disini.. :)



CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

4 ulasan:

  1. My fav cake..pernah buat sekali..x brapa nak cantik..tapi buleh ler..anak2 kata sedap..hihi..:)

    BalasPadam
  2. sedapnya...thanks share resepi senang nak buat,,coz guna cwn jak.x perlu nak timbang2..hehe

    BalasPadam
  3. SB tak penah nak cuba buat..nampak sgt sedap. tunggu ada kekuatan mencampur aduk bahan..hihii

    BalasPadam
  4. Fuhhh... penat saya baca resepi nak membuatnya! Nampak gaya memang tak cubalah ni, CH. Tapi kek ni sedaplah. Kalau tak belajar buat memang rugikan!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)