Rabu, 12 Ogos 2015

MENGIMBAU KEMBALI JALAN-JALAN HARI RAYA MASA SEKOLAH DULU-DULU ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...

Pada hari Sabtu 1 dan 8 Ogos kami Whatsapp Group SMBG 82-86 mengimbau kembali jalan raya masa sekolah dulu-dulu dari rumah kawan ke rumah kawan yg lain. Tapi ni versi mak-mak pulak..

Mula jalan raya kami adalah dirumah Norshidah di Sg Plong, yg pakai baju hijau tu.. siap tanya lagi , korang nak makan apa tengahari tu.. sebab rumah dia mula 12.30tghri, apa lagi macam2 permintaan kekawan, saya minta dia masakan tempoyak udang dgn petai.. perghhh memang terangkat pedasnya hehehe.. Si Midun minta ikan kerisi taucu.. Normilah pulak Ikan masin pekasam.. rajin sungguh shidah memenuhi selera kami ni.. hubby dia pun sporting sungguh.. Normilah nak balik Perth esok malam.. tu yg nak sangat berjumpa dengan dia.. Normilah yg pakai baju coklat tu :)

Pukul 2.00pm kami gerak pulak kerumah Siti Hawa di Sg Serai, Siti hawa yang baju warna hitam, Rumah hawa di hidangkan dengan laksa Penang , Roti Jala Serawa Durian dan Puding Kastard berkuah.. saya bawa anak-anak sekali, laksa tu memang kesukaan mereka, bertambah mereka makan, Hawa siap bekal kan tempoyak untuk kami satu bekas plastik seorang.. kata Milah selamat sampai ke Perth tempoyak Hawa.. Alhamdulillah lepas pulak pemeriksaan kastam tu..

Dengan Hawa ni lagi lama tak jumpa.. hampir 28tahun tu.. jadi memang sembang lama dengan Hawa, hiruk pikuk di rumah Hawa, Hawa punya gembira melayan kami makan.. tengok gambar tu pun dah tahukan.. Hawa kata rumah dia banyak rambutan.. pergi lah ambil Midun.. hahaha.. Midun dah boroi mana nak panjat pokok lagi.. tu lah dia kata tak sempat nak goreng cempedak utk korang.. keliling rumah Hawa ni penuh dengan buah-buahan tempatan..

Pukul 3.30pm kami gerak pulak rumah Rahmah, pun di Sg Serai, Rahmah yg pakai baju merah berjalur, di rumah Rahmah lagi ramai kekawan.. lagi riuh rendah rumah rahmah.. hidangan pun sedap Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar, Kupang masak tumis, laksa juga.
Anak2 saya teruja nak makan kupang tu.. sedapnya kata mereka..

Lepas dari rumah Rahmah pukul 4.30pm gerak rumah Mashitah, rumah Ita ni depan rumah Rahmah jer, so jalan kaki jerlah kesana.. di rumah mashitah ni pulak lupa nak ambil gambar.. Mashitah menyediakan lempeng pisang yg sangat sedap..  Lepas tu saya bergegas balik rumah sebab lepas tu rumah saya pukul 5.30pm.. dirumah saya pun lupa nak bergambar, selepas tu saya tak mengikut rombongan itu lagi.. lepas tu mereka pergi ke Paya Jaras pulak.. rumah saya pada malam tu ada buat bacaan tahlil untuk aruah abah dan doa selamat untuk mak, adik saya panggil orang masjid selepas isyak, alhamdulillah ramai orang masjid yg hadir.

Pada 8 ogos sambung lagi jalan raya, mula rumah Noorwahidah, yang pakai  tudung kelabu bunga merah tu tuan rumahnya, rumahnya di Kg Damai , Lorong Ros, sebelah lorong dengan rumah mak saya, ehe :), wahidah jemputan dari pukul 2pm-7pm, saya sampai rumah wahidah pukul 2.30pm ptg, macam2 juadah yg dihidangkan oleh wahidah, naik senak perut anak beranak makan.. 

Konon pukul 3.30 nak bergerak ke rumah Shamsul Azehar pulak tapi Kak Ilah dtg lambat pulak jadi terpaksa saya batal utk kerumah shamsul.. kekawan lain ajer yg pergi.. Malamnya di rumah Roslee pulak.. tapi saya tak pergi sebab saya ada program perjumpaan ibubapa di sekolah Nabil..


Puas berposing didalam rumah wahidah, kami berposing pulak kat tangga rumah si wahidah ni.. boleh pulak si Midon tu tumpang duduk makan ditangga tu hehehe.. 10 tahun lagi jadi nostalgia pulak gambar duduk ditangga ni.. lupa lah pulak berposing di tepi tingkap rumah wahidah, Wahidah ni tinggal di rumah pusaka ayah dan mak nya.. wahidah anak bongsu dan jaga mak nya yg sudah berumur 87tahun.. sebaya dengan aruah abah saya.. tapi mak wa ni sihat lagi cuma sakit-sakit orang tua aje..

#rasa seronok sesangat mengimbau jalan raya masa sekolah dulu-dulu versi mak-mak ni :D

14 ulasan:

  1. Kakak ni Yati dgn kawan-kawan setakat mampu berws aje sebab ramai kawan kakak rata-rata tinggal di KL dan Putrajaya. Yg tinggal di JB ni boleh kira jari sebelah tangan aje..

    Seronok kakak tengok Yati buat memeriahkan suasana raya dgn ex-kawan macam ini.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Singgah pagi di sini..
    kembali BW..=) meriahnyaaaaaa

    BalasPadam
  3. Teringat raya zaman2 kecik dulu. seronokkan..")

    selamat hari raya yati..")

    BalasPadam
  4. meriahnye kak..tp kan yg tempoyak udang dgn petai tuh kannnn, terliurnye falsya..terbayang2..

    BalasPadam
  5. memang meriah sgtlah ni tgok pd gambar2 ni semua..
    perut pastinya penuh pun mcm2 ada....terkejut perut...hihi

    BalasPadam
  6. allahuakbar..
    setelah lama tak jumpa, boleh jugak akak jumpa kawan2 lama ye..
    silaturahim tetap sama..

    meriah sungguh majlis makan2

    BalasPadam
  7. Wau meriahnya Raya jika dpt ketemu semula kawan2 lama. Saya pula Raya baru2 ini seperti hambar saja...

    BalasPadam
  8. Salam...

    Meriahnya raya klau saling berkunjung...macam2 cerita ada...seronoknya

    BalasPadam
  9. salam 27 Syawal kak.. baru nak munculkan diri ni...seronok nya berziarah di rumah kawan2 lama ni.. pasti byk cerita dan ragam... :)

    BalasPadam
  10. wah! reunion dihari raya...best n meriah mestinya ni..

    BalasPadam
  11. Seronoknya kalau dapat kumpul dengan kawan2 lama. Istimewanya bila hari raya macam2 juadah disediakan.

    BalasPadam
  12. Wahhhh...seronoknya....mmg best kalau dpt geder2 mcmni kan...

    BalasPadam
  13. wah bes la kak yati...dapat jumpa geng2 sekolah...sah2 la macam2 cerita lama keluar...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)