Rabu, 26 Ogos 2015

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DENGAN JERING..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..

Selalunya orang masak sambal tempoyak ikan bilis dgn petai.. tapi kali ni saya regu pulak dengan jering.. perghhh sedap jugak kekawan.. jering ni beli dari Tijah tu lah kan.. seperti entri saya semalam tu...

Tempoyak pula saya dapat dari Hawa.. 

Hawa yg baju hitam tudung pink tu.. tengok tangan masing2 dapat tempoyak dari Hawa..

Hasil pergi open house juga kerumah Hawa.. seronok kekawan yg tinggal di kampung ni kan.. keliling semua buah-buahan tempatan dan sayauran tempatan.. Tempoyak tu hawa buat dari buah duriannya sendiri.. ye lah masa musim tu kan puasa .. jadi kebanyakan buat tempoyak je lah kata Hawa.. Sedap tempoyak hawa buat ni.. terasa duriannya..
Saya rebus jering dalam rice cooker.. jimat sikit gas masak saya tu kan kekawan.. sekarang harga gas ni pun dah naik kan.. siap hantar rumah dan RM26 setong tu.. eehhh dah cerita gas masak pulak..  
Jom lah kekawan intai resepi mudah saya ni :)

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DGN JERING

Bahannya :-
  • 200gm ikan bilis
  • 10 biji jering (direbus hingga empuk, kemudian tumbuk seperti gambar diatas, potong 4)
  • 7 biji cili padi*
  • 2 biji cili merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
  • 4 Sudu besar tempoyak
  • Sehelai daun kunyit 
  • Garam 
  • Sedikit air
Caranya :-
  1. Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
  3. Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, jering yg telah direbus dan garam.
  4. Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
  5. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA ^__^


18 ulasan:

  1. Kena cari tempoyak ni. Boleh cuba resepi sedappp. VitaminSuci.

    BalasPadam
  2. tempoyak memang menyelerakan pada pengemarnya,, tapi sayang saya tak makan,, seronok tengok bila balik kampung suami adik beradik berebut tempoyak hehehe,,

    BalasPadam
  3. kene rebus lama ke tak jering tuh? tak penah msk apa2 lauk ngn jering kak... mkn pun tak jering tuh...
    tp kalu tgk mak mkn jering bt ulam seronok betul bunyi krup krap tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jering tua memang kena rebus dulu Dana..
      Kalau tak keras dan liat..
      Selalunya ambil masa 2 jam utk rebus jering ni..

      Padam
  4. Seronok betul kalau macam ni Yati.
    Komen sikit sbb guna hp. PC office kakak ada madalah dari semalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga PC kakzakie cepat ok :)
      Saya kalau guna HP komen pun sikit jer :)

      Padam
  5. Best T dapt kumpul2 dgn dorang...doarang ingat aku ker tak ek T...mcm2 resepi ko olah yer T..tempoyak jor jarieng..lamak banar den caliek'an tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dorang ingek kek ko Aini.. lobih2 lagi Fazilah Alias.. Milah pun siap tanyo ko ado tak dalam group wasap ladies ni.. ko nak tak join group wasap ladies tu Aini..
      Laie lamak ni jarieng jo tempuyak ko..
      bertambah2 nasik en suami den makan..

      Padam
  6. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa..jering tu boleh juga digoreng dahulu baru ditumis..

    BalasPadam
  7. Tempoyak yg kakak buat puasa haritu pun masih ada sikit lgi,ank kakak azim paling suka mkn tapi kalau campur jering ni mmng xpandai le dia,..ganti petai boleh kn ...xpernah buat lgi resepi mcm yatie ni.

    BalasPadam
  8. amboii sedapnya... sekarang Yanie dah boleh makan tempyak..serius sedap.. cuma jering belum dapat telan lagi..

    BalasPadam
  9. wah,,boleh try ni..suami suka jering..n tempoyak..sesuai sgt ler tuh... tqtq sista, share kan resipi ni..great!!

    ceria2kan ke blog Elly... ;)
    HOT MOMMY PILIH VIVIX SHAKLEE

    BalasPadam
  10. tempoyak tak berapa sikit kak..
    makn bolehlah sikit2, buat x pernh lg seumur hidup..ha..ha

    BalasPadam
  11. CH kita tak pernah cuba jering...seramlah pulak hihi....petai oklah...
    Kira murahlah tu gas setong 26 henggit, kat area rumah kita dah capai RM 31 henggit CH. Mengerikan sungguh

    Meleleh air liur tengok gambo tempoyak bilis tu tau

    BalasPadam
  12. Saya peminat durian tapi durian segar ajelah. Tempoyak ni saya tak makan, CH. Jering pun memang tak pernah rasalah, tak makan juga. Walaupun ini entri resepi sambal tempoyak, saya tetap juga nak komen pasal harga gas. Semalam saya beli gas setong RM32, CH. Tong gas saya besar ke apa ni? Awat CH kata gas harga RM26 aje? Confused dah ni....

    BalasPadam
  13. sedap👍👍👍...prtama kali buat

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)