Sabtu, 5 September 2015

GOOD MORNING DROP BREAD

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kekawan dah buat sarapan pagi ke.. boleh di cuba "good morning drop bread" ni, nampak sedap jer kan kekawan..
Saya tengok di wall FB pun dah teruja nak mencubanya.. sebelum tu kita save dulu resepinya disini :D

✔GOOD MORNING DROP BREAD
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
TUESDAY - 01•09•2015
RECIPE BY : ALINAH BINTE ALI
PHOTO BY : RONALD@IWANTTOEATWITHYOU
BAHAN (A) : DIGAUL SEHINGGA RATA
4 CAWAN TEPUNG SELFRAISING
8 SUDU MAKAN GULA TIMBANG (BROWN SUGAR)
1 SUDU TEH GARAM
BAHAN (B) :
1 CAWAN PARUTAN KEJU CHEDDAR
1 CAWAN HIRISAN SOSEJ
1 CAWAN HIRISAN DAUN BAWANG
BAHAN (C) : DIKACAU RATA
8 SUDU MAKAN MINYAK
4 BIJI TELUR
2 CAWAN SUSU SEGAR
CARA NYA :
GUNAKAN PEMUKUL DAWAI ATAU SENDUK KAYU. CAMPURKAN KESEMUA BAHAN DAN KACAU SEHINGGA RATA. GUNAKAN ACUAN MUFFIN DAN SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK. KEMUDIAN MASUKKAN 1 SCOOP ADUNAN.
BAKAR SELAMA 20 - 30 MINIT DENGAN SUHU 200 DARJAH SELSIUS SEHINGGA BERWARNA COKLAT KEEMASAN. KEPANASAN SUHU BERGANTUNG KEPADA KETUHAR MASING - MASING.
NOTA KAKI :
SELAIN SOSEJ, ANDA BOLEH GANTIKAN DENGAN HIRISAN ISI AYAM, DAGING BURGER, UDANG, SURIMI.
SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MESRA.

6 ulasan:

  1. wah yatie, kaknoor pun macam nak buat jugak lah, simpan resepi jugak ya tunggu time senang lenang sikit nak buat mesti sedappp

    BalasPadam
  2. va va va! ini memang sangat exclusive untuk breakfast! :))

    Tips ibu hamil kekal bertenaga

    BalasPadam
  3. MasyaAllah nampak menyelerakan. Boleh lah cuba ni, harap anak2 suka. Terima kasih share.

    BalasPadam
  4. Nampak mcm menarik CH...tp takut keras....Agaknya keras tak ek?
    Tepung selfraising hari tu ada lagi lebih buat kuih Raya....bulan 9 pulak tu habisnya...Jenuh le Okje nak menghabiskannya tu

    BalasPadam
  5. Nampak mcm menarik CH...tp takut keras....Agaknya keras tak ek?
    Tepung selfraising hari tu ada lagi lebih buat kuih Raya....bulan 9 pulak tu habisnya...Jenuh le Okje nak menghabiskannya tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)