Rabu, 2 September 2015

MAJLIS KHATAM QURAN PENGANTIN.. Nabilah dan Najeeha Tahun ni 2 Kali Khatam Quran..

Pada pagi Sabtu 29 Ogos 2015 tu diadakan Majlis Khatam Quran buat pengantin ni ~ Nurin
Jadi kakak Nabilah dan Najeeha menemani Kakak Nurin ni khatam quran, pada bulan Mac 2015 tu hari pun menemani Kakak Nana khatam quran masa kenduri kahwin anak Kakak Andak saya.. Maknanya 2 kali lah kakak berdua ni buat khatam quran :)
Saya dengar bacaan Najeeha seperti orang menghafaz quran, ye lah dah biasa menghafaz quran di sekolah.. Alhamdulillah Najeeha dah masuk 3 juz menghafaz quran.. Kak Nabilah pula baru 2 juz sebab ulang balik bila masuk madrasah baru ni.. Bila dengar bacaan Nabilah lebih merdu taranum nya.. lembut jer.. 

Memulakan bacaan tentulah si pengantin Nurin tu, kemudian Najeeha pulak, laju jer dia membaca , macam menghafaz hehehe, kemudian Kak Nabilah, begitulah mereka bergilir sehingga habis.

Bacaan disemak oleh Kumpulan Marhaban , ahli kumpulan marhaban kak alang tu.. seawal pagi dah sampai, yg bagus siap semua PA sistem. Tentunya pakaian memang sedondonlah kan :) 

Bacaan doa khatam Quran dibaca oleh pengantin sendiri, dah dia yg khatam quran tu kan.. jadi dia yg kena baca kata ustazah tu, baru barakah..


16 ulasan:

  1. Kakak perhatikan majlis pengantin rumah kak long Yati sama style kat Johorlah Yati. Bab khatam Quran ini yg seronok kan. Anak-anak kakak entah dah berapa kali ikut khatam quran macam ini. Bila sepupunya kawin aje mesti jadi pengapit. Tapi seronok juga kan..

    Alhamdulillah dua-dua anak dara Yati dah memulakan langkah utk menjadi Hafizah.

    BalasPadam
  2. Dah jarang tengok majlis khatam alquran gini kat kg saya.. mcm dah pupus langsung dah. Rasanya last tengok masa muda2 dulu jer

    BalasPadam
  3. Majlis macam ni macam kat Johor je, CH. Saya dulu pun masa abang no.2 kahwin, saya khatam Al-Quran sekali lagi. Dah akhirnya orang dok fikir saya pengantin perempuan!

    Untung CH, ada anak-anak yang bakal menjadi hafizah. Sejuk perut emak mereka :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...
    Moga pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  5. singgah rabu
    hari ni anum bz sangat2
    x sempat BW

    BalasPadam
  6. terharunye...dah 2 kali khatab...siap menghafal...untie rietta nie sekali aje la...hafal? dah tua tua nie...letak brg pown dh kdg kdg lpa dimana....

    BalasPadam
  7. dapat dgr best juga ni..
    alhamdulillah sejuk aje..dh tentu seronok ibu2 bapa2..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah ,...tahniah utk nabilah dan najeeha yg buatkn ibu bahagia .

    BalasPadam
  9. Tahniah yatie...syukur punya anak yang dapat banggakan ibubapa.

    BalasPadam
  10. Bakal-bakal hafizah ke ni..alhamdulillah.. sejuk mata ibu-ibu tengok anak-anak boleh baca al-Quran..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Tahniah dikurniakan cahaya mata yang solehah, sejuk mata mama n papa dia ni...syukur

    BalasPadam
  12. bagus la....dah di ajar untuk menghafaz ayat2 suci al-qur'an

    BalasPadam
  13. Seronok kan CH tengok anak dara sendiri dah hafaz quraan.....okje tumpang sejuk perutlah hihi....

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...sejuk mata memandang :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)