Sabtu, 12 September 2015

RESEPI KUIH SERABAI GEBU HINGGA KE PETANG



Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Dah minum pagi ke di hari sabtu ni.. Jom kita juga Kuih Serabai.. ehe mana dapat resepi kalau bukan dari FB ni..
Kena save sini dulu.. sok sok nak buat refer jer kat sini :D







Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian
bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam
caranya
1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk
memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati ..
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan
...agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan
utk kuah durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu
caranya
gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing
masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak...

10 ulasan:

  1. Suka makan serabai tapi payah dapat kan.. amboi banyaknya bahan..

    BalasPadam
  2. Oh baru kakak tau ni namanya kuih serabai...selama ni tau mkn je...hihii.Kakak pun nk simpan resepi ni yatie.

    BalasPadam
  3. Kak zai pernah makan kuih ni kat Pantai Timur tp dgn kelapa campur Gula.
    Kak Zai C/P ya tq.

    BalasPadam
  4. masukkan nasi sejuk? hurmm kenapa perlu letak nasi sejuk tu eh

    BalasPadam
  5. pernah makan!sedap wehhhhhh...tp kuih nih nama dia lain kan ?org trg0kelantan panggil serabey ......makan dengan kuah manis ............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah tu nama dia...cuma bunyinya slangnya jer yg lain... mcm org kata ikan kat terengganu pgl ikang..makang
      ... belacang...hahaha

      Padam
  6. Mcm apam ek CH cuma dia ni dibakar....sedap tu cicah kari ker, sambal ker...pergh!!

    BalasPadam
  7. nak cuba ni. macam sedap je. saya copy resepi ye. mintak halal tau.

    BalasPadam
  8. Macamana nak buat dlm acuan tu supaya tak melekat yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapu minyak dulu guna daun pandan dalam acuan tu.

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)