Ahad, 4 Oktober 2015

CARA BUNUH NYAMUK ... Jom kita buat sendiri..

Assalamualaikum kekawan..

Tentu dipagi ahad ni ada yg sedang mengemas rumah .. tengok2 pokok yang di tanam..
Pastu tengok banyak pulak nyamuk berkumpul kat situ..
Jom kita cuba cara ni.. perkongsian dari FB, dipanjangkan disini..







CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN SENDIRI)
Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar
Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.
Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.
Selamat mencuba

8 ulasan:

  1. Tips yang bagus ni yatie tapi kalau kat rumah kakak ni takut pulak semut yang banyak datang sebab manis gula merah tu.

    BalasPadam
  2. nak cuba lah buat ni kak...byk nyamuk skrg ni..huhu
    kalau budak tumpis tu nengok, mau dia cuba buat ni... sebab skrg dia dok rajin buat kajian sendiri bila lepas tgk Back yard science TVIQ tu... hahha..

    BalasPadam
  3. Harap bila ai buat ni takdelah sampai terlupa.. ;)

    BalasPadam
  4. Ohhhh....baru tau....Tak pernah beli ragilah CH....boleh gak cuba ni....kos murah kan

    BalasPadam
  5. dah lama tengok cara nie tak pernah lagi nak cuba buat sendiri...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)